Uncategorized

Stresskan pekerja? Majikan Boleh Kena Tindakan!

Share

Ya, memang tidak dinafikan tiada kerja yang mudah dan dapat lari dari perasaan tertekan. Lebih lagi di zaman sekarang demand lebih tinggi dan persaingan sangat senget.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib
Namun baru-baru ini Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib, telah mengeluarkan kenyataan pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap perkara tersebut.

Tambahnya, majikan yang tidak sensitif dengan perkara ini boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak menghargai pekerja mereka.

Menurut laporan Sinar Harian, mereka sangat menitik beratkan isu yang membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja serta tidak akan bertolak ansur sekirannya majikan tersebut tidak tahu untuk berterima kasih apatah lagi mendera pekerja yang berpenat lelah untuk berikan sumbangan pada majikan.

“Kita tidak akan bertolak ansur dalam isu membabitkan keselamatan dan kesihatan pekerja. Jika ada penamatan kerja disebabkan isu tersebut, perkara ini hendaklah dilaporkan kepada kementerian.

 

“Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas majikan yang tidak tahu langsung untuk berterima kasih, apatah lagi mendera pekerja yang selama ini banyak berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada majikan mereka,” katanya dalam sesi Pertanyaan Jawab-Lisan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Apapun MH Online setuju dengan peringatan tegas ini. Di zaman sekarang ini, kita perlu bertindak bijak untuk melakukan sesuatu.

Kadang-kadang apa yang kita lakukan itu mengambarkan siapa diri kita yang sebenarnya. Tak gitu?

Sumber : Sinar Harian Online

IKLAN