Uncategorized

Stormi, Nama Anak Kylie Jenner! – Baru Seminggu Lahir Dah Pecah Rekod Beyonce?

Share

Akhirnya, bintang realiti televisyen, Kylie Jenner mengumumkan nama anak perempuannya iaitu Stormi.

Pada MH, nama tersebut sesuai kerana kelahiran Stormi yang membuatkan satu dunia ‘ribut’ seketika. Yalah kan, dia kan disorokkan ibunya semasa dalam kandungan.

Dalam pada itu, kalau korang semua nak tahu…walaupun Stormi baru sahaja dilahirkan, dia sudah berjaya memecahkan rekod yang dipegang Beyonce sebagai paling banyak ‘Likes’ di Instagram.

Wow, hebatnya! MH difahamkan bahawa video debut Stormi di laman Instagram ibunya mendapat lebih 15 juta likes.

Rekod sebelum ini dipegang oleh Beyonce yang mengumumkan kehamilannya serta foto kelahiran anak perempuan pemain bola sepak, Cristiano Ronaldo baru-baru ini.

Bagi MH, tak mustahil pun untuk Kylie dapat ‘like’ sebanyak itu sebab follower Instagram dia pun dah 103 juta.

Sebelum ini MH ada laporkan bahawa adik bongsu Kardashian-Jenner, Kylie dah melahirkan seorang anak perempuan setelah berteka-teki dengan peminat selama 9 bulan.

Bagaimanapun, Kylie yang mengumumkan kelahiran menerusi laman Instagram miliknya ketika itu masih belum mempunyai nama lagi buat anaknya itu.

sumber: IG Kylie & TMZ

IKLAN