Ads

Stacie Orrico Saman Bekas Pengurus Dan Label Rakaman Atas Dakwaan Gangguan Seksual

Bintang pop antarabangsa, Stacie Orrico, telah memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Los Angeles terhadap bekas pengurusnya serta beberapa syarikat rakaman.

Tuntuntan ini selari dengan dakwaannya bawa beliau telah menjadi mangsa gangguan dan serangan seksual sejak usia remaja ketika berada di bawah pengurusan industri muzik.

Dalam tuntutan tersebut, Stacie menamakan Britt Ham, bekas pengurus yang menguruskan kerjayanya sejak awal, selain Universal Music Group, ForeFront Records dan beberapa entiti lain sebagai defendan.

Pelbagai Pertuduhan

Menurut dokumen mahkamah, Stacie mendakwa perbuatan tidak bermoral itu bermula ketika beliau berusia sekitar 14 tahun dan berterusan sepanjang tempoh beliau aktif sebagai artis remaja yang berada di bawah naungan industri muzik Kristian.

Ads

Tuntutan itu merangkumi beberapa pertuduhan termasuk penderaan seksual terhadap kanak-kanak, serangan seksual, keganasan berasaskan jantina dan kecuaian.

Stacie mendakwa pihak pengurusan dan label rakaman mengetahui atau sepatutnya menyedari perbuatan tersebut, namun gagal mengambil sebarang tindakan untuk melindunginya.

Sebaliknya, pihak industri didakwa lebih mengutamakan imej, reputasi dan keuntungan komersial, sekali gus membiarkan beliau terus berada dalam situasi yang berbahaya dan menindas sebagai seorang artis muda.

Ads
Stacie Orrico Saman Bekas Pengurus Dan Label Rakaman Atas Dakwaan Gangguan Seksual
Kulit gambar album pertama Stacie yang dikeluarkan pada tahun 2000.

Wanita berusia 40 tahun ini yang pernah mencipta kejayaan antarabangsa menerusi lagu popular seperti Stuck dan (There’s Gotta Be) More to Life turut mendakwa pengalaman traumatik itu bukan sahaja menjejaskan perkembangan kerjayanya, malah meninggalkan kesan mendalam terhadap kesihatan mentalnya

Kesan Emosi & Mental

Dalam kenyataan yang dikemukakan bersama tuntutan, beliau berkata mengambil masa bertahun-tahun untuk berani bersuara dan mengambil tindakan undang-undang.

Ads

Beliau turut menegaskan bahawa langkah itu dibuat demi menuntut keadilan dan tanggungjawab serta memberi kekuatan kepada mangsa lain yang mungkin pernah melalui pengalaman sama dalam industri hiburan.

Walau bagaimanapun jumlah tuntutan ganti rugi tidak dinyatakan dan memohon kes tersebut dibicarakan di hadapan juri.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Bila Atas Pentas, Ada Keserasian Itu,” – Ani Maiyuni Ulas Gandingan...

Penyanyi Ani Maiyuni mengakui keserasian yang terjalin bersama rakan lamanya, Kelly Azman menjadi antara faktor utama dirinya sentiasa berasa selesa setiap kali berada di atas pentas, khususnya ketika mengendalikan persembahan sepanjang bulan Ramadan bersama-sama.
error: Hello. Cannot.