Pelakon dan model, Ain Edruce dan suami dan suaminya, Amirul Hafiz sepakat mendedahkan wajah anak pertama mereka, Soraya.
Pendedahan itu dibuat pasangan ini menerusi saluran YouTubenya. Di samping memuat naik video dan kompilasi gambar puteri sulung, keduanya turut menjawab beberapa persoalan yang ditanyakan peminat.
Pada hujung video, Ain turut memangku anaknya yang sedang tidur.
Ads
“Soraya bermaksud cantik. Jadi kitaorang bagi nama tu dekat dia. Ain tahu dah ramai sangat nak tengok gambar dia (Soraya).
“Malah pada kawan pun tak tunjuk sebab masih awal. Tapi sekarang usianya sudah berbelas hari. Saya kongsi bukan sebab nak menunjuk atau apa.
“Hanya nak berkongsi kegembiraan kami. Our little Soraya,” katanya.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat teruja dan tumpang gembira dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga pasangan ini.
Malah tak kurang yang memuji kecomelan Soraya dan mendoakan agar membesar menjadi seorang anak solehah.
Ads
Untuk rekod, Ain Edruce selamat melahirkan anak pertama itu pada 19 Mei 2021 lalu.
Foto: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi program Wanita Hari Ini di TV3 yang membicarakan topik ‘Kehilangan Akibat Pandemik’ baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Marsha berkongsi kisah mendukacitakan buatnya seisi keluarga.
Dia yang diundang sebagai tetamu jemputan secara virtual terpanggil untuk bercerita pengalamannya yang telah kehilangan bapa mentua akibat wabak berbahaya Covid-19.
Menurut Marsha, dia rasa sangat takut setelah mendapat khabar berita bapa mertuanya disahkan positif wabak tersebut.
Difahamkan, bintang itu mendapat tahu mengenai perkara berkenaan ketika sedang berkerja di Seremban, Negeri Sembilan.
Kongsi penyanyi berusia 35 tahun ini lagi, bapa mentuanya itu tidak dapat diselamatkan oleh kerana sedia mempunyai beberapa penyakit seperti jantung dan buah pinggang.
“Pada ketika itu, saya sangat berasa takut sebab saya tahu bapa mentua merupakan golongan yang berisiko tinggi.
“Macam bapa mentua saya, dia punyai sejarah penyakit jantung, buah pinggang dan beberapa penyakit yang lain.
“Jadi bila dia dijangkiti Covid-19, sangat memberi impak dan kesannya seluruh sistem tubuh badan bapa mentua saya terganggu.
“Oleh kerana impak itu, bapa mentua saya tidak sempat diselamatkan,” katanya.
Imbas kembali, bapa mentua Marsha, Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mei lalu, Al-Fatihah.
Foto: Instagram Marsha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel baru-baru ini dikritik segelintir warganet yang menyifatkan dia seolah-olah terlalu memanjakan isteri juga pelakon, Wawa Zainal seperti dipaparkan menerusi perkongsian di Instagram.
Bagi Aeril, perkara tersebut adalah satu hal biasa sebagai suami isteri dan merupakan antara tip bahagia yang diamalkan dalam rumah tangga.
“Bagi saya, apa saya buat dengan isteri, kebanyakan orang di Malaysia buat perkara sama. Cuma kami artis, itu yang kadang-kadang nampak ia mungkin agak menonjol.
“Apabila ada yang tegur dan cakap jangan terlalu manjakan isteri, sudah tentu sebagai manusia yang ada hati dan perasaan akan berasa geram.
“Tapi bagi saya, apa ditonjolkan tak keterlaluan. Bukan terlalu tunjuk gaya hidup,” katanya.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu turut menambah, laman sosial Instagram adalah platform untuk berkongsi apa sahaja, selain menjadi arkib foto.
“Perkara itu macam biasalah, suami dengan isteri, main dengan anak, beli kek untuk isteri dan banyak lagi. Saya anggap IG ini macam album.
“Jadi, soal manjakan isteri, bagi saya ia biasa. Tapi kalau nak tahu, jika di rumah saya yang manja sebenarnya,” katanya lagi.
Aeril bagaimanapun menjelaskan, dia tidak boleh menghalang jika ada pihak yang memandang pesimis terhadap apa yang dilakukannya itu.
“Kalau ada orang bersangka buruk macam itu, saya tak boleh nak cakap apa. Kita baik macam mana sekali pun, tetap ada yang tak suka pada kita. Jadi, kita buat sajalah,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aeril menerusi syarikat produksi miliknya dan isteri, Respected Citizen Production Sdn Bhd kini muncul dengan naskhah sulung, Sabda Kekasih.
Filem berkenaan mulai ditayangkan bermula 24 Jun lalu di saluran Astro First 480.
Selain menjadi penerbit, Aeril juga berlakon di samping isteri, Wawa, Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Sharifah Husna.
Filem yang menelan kos kira-kira RM 1 juta arahan Azhari Zain itu menjalani penggambaran selama 10 hari di Bentong, Pahang dan Sendayan, Negeri Sembilan, tahun lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Balu kepada pelakon dan pelawak arwah Abam Bocey, Nor Hidayah ada menitipkan ucapan bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah yang kini sudah genap usia 2 tahun.
Hidayah turut berkongsi foto terkini bersama anak lelakinya itu bersama pengikut di laman media sosial Instagram.
Hidayah atau nama lengkapnya Nor Hidayah Mohd Ali mendoakan agar anaknya menjadi seorang anak yang soleh.
“Selamat Hari Lahir Anak ibu Syed Uthman Hamzah Bin Syed Umar Mokhtar genab 2 Tahun 14/6/2021.
“semoga menjadi Anak yg soleh berbakti kepada orang tuamu Ibu Ayah sentiasa mendoakanmu nyawaku. #kitabaikramaisayang #birthdayanakibuhamzahturn2 #nyawakuanakku,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan hari jadi kepada anaknya di samping berharap Hidayah terus kuat dan tabah mengharungi ujian hidup.
“Sanah Helwah Hamzah sayang. Moga membesar sihat dan jadi anak soleh buat ibu dan juga buat arwah ayah,” tulis seorang warganet.
“Selamat hari lahir Hamzah…moga sihat selalu dan menjadi anak yang Soleh dan sentiasa dalam rahmah kasih sayang Allah SWT bersama ibu..,” doa seorang netizen.
“Slmt ari lahir Uthman.. Moga pnjg umur n murah rezeki.. Smoga mnjadi ank yg soleh berbakti kepada owg tuamu.. Ceria selalu disisi owg tersyg. Mudahn² brjaya dunia n akhirat..,” titip ucapan daripada seorang warganet yang lain.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 di kediamannya, di Gombak akibat demam panas.
Jenazah Abam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.
Arwah meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Foto: Instagram Nor Hidayah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...