Semalam, tular di media sosial  sebuah video yang memaparkan perbuatan kejam pengasuh taska yang bertindak memukul kanak-kanak di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Melaka.

Pertbuatan tidak berperikemanusiaan itu nyata mengundang kemarahan ramai pihak dan berharap pihak berkuasa dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap individu tersebut

Sehubungan itu, para selebriti turut tidak ketinggalan untuk menunjukkan tanda protes mereka terhadap perbuatan terkutuk itu terutamanya yang sudah bergelar ibu antaranya pelakon, Abby Abadi.

IKLAN

“Mmmm… ini bukan kesilapan, ini memang setan! Dah tahu takde kesabaran nk jaga anak org, kerja dekat tadika utk apa?
Hai la Akak2… Kalau anak Sy ni, Sy buat benda yg sama kat Akak2 balik.. Sy tak buleh benda2 gini. Budak tu takde buat salah apapun! Kalau pun ada salah, siapa kau nk pukul anak org mcm tu? Mak bapa anak2 ni meh ajak kita sekali cepuk penjaga2 .. Geram ni! ??. Tak pasti dimana… tapi dimaklumkan di Melaka.. Betul ke org Melaka? PDRM mohon bertindak. Dah tangkap nnti, mohon mahkamah janganlah jatuh hukum manja2, bagi lebih sikit.. biar dorg tahu erti penyesalan. #marahni#marahsangatttt#taklehtengoksebenarnya#istighfar,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon, Lisdawati turut memberitahu para pengasuh sepatutnya harus dilengkapi dengan ilmu dan jangan bertindak seperti orang hilang akal.

“Assalamualaikum… tak terniat nak viral tapi hati dan mata ni sakit melihat manusia hati binatang mcm diaorg ni . Kalau tak mampu nak jaga dgn kasih sayang cari kerja lain .. Mmg budak2 usia mcm tu byk ragam … Jadi pengasuh perlu ada ilmu jgn jadi org hilang akal.. Budak2 tu kalau tahu salah confirm tak buat .. Ni bukan mengajar tapi mendera fizikal dan mental … .. #tolongcaripengasuhni sape tahu lokasi sekolah ni .. Sesiapa kenal anak anak sekolah ni plss hati hati .. yg kita nampak anak org kena dera… maybe hari lain anak kita plak yg kena .. #hatibinatangtaklayakmengasuh  #tolonglaambiltindakan, katanya.

Turut sama menunjukkan tanda protes mereka terhadap isu ini adalah pelakon, Linda Rafar dan juga Datin Almy Nadia.

IKLAN

“Perhatian!!!! Tolong viralkan..sape cikgu giler ni main pukul je anak org tanpa sebab sape tau n kenal perempuan ni tlg viralkan muka dia skrg #kesdera#taska#tadika#dera#sekolahtadika#tadikamelaka#taskamelaka#melaka#bestari#tadikabestaricerdas#bijakbistari sape tau tadika or tasks mane tlg viral n #taskabistari dengar cikgu lain pon pukul jugak,” tulis Linda bengang.

IKLAN

“Ya allah ya tuhanku manusia jenis apa ni!!!! Tolong tolong kt sama2 viralkan bg org yg buat benda ni dpt balasan setimpal,” katanya.

Walaupun bukan anak-anak mereka, tetapi hati ibu mana yang sanggup melihat anak-anak diperlakukan dengan kejam sebegitu. Diharap pihak berwajib dapat mengambil tindakkan sewajarnya berkaitan isu ini supaya perkara ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.

Foto: Instagram Selebriti

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/241818819992586/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI