Uncategorized

Solat Hajat Elyana Berlangsung Penuh Keberkatan

Share

Solat hajat untuk penyanyi, Elyana diiringini hujan renyai menemani sepanjang perjalanan majlis buat Elyana di Masjid Karangkraf, Shah Alam cukup menyentuh perasaan.

Dalam majlis anjuran kelab peminatnya Elofcbyelyana (Elo) itu. dianggarkan hampir 200 orang telah hadir.

Majlis bermula selepas solat Isyak secara berjemaah. Kemudian diteruskan dengan solat hajat dan doa selamat yang dipimpin oleh ustaz Halimi dari Pusat Tahfiz Al-Islah, Seksyen 7, Shah Alam.

MH kagum sungguh dengan ketabahan Elyana dalam menempuh penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapi sejak tujuh tahun lalu. Malah, kami puji semangat setia fan clubnya kerana sentiasa bersamanya dalam susah mahupun senang.

Dia masih lagi mampu tersenyum tatkala tiba di masjid dan menyapa semua peminatnya yang hadir bagi menyempurnakan majlis pada malam semalam.

Ditemani suami dan anak tercinta serta keluarga Elyana manis bertudung dan berjubah kelabu.

Majlis turut disempurnakan dengan kehadiran anak-anak tahfiz. Dilihat juga teman rapat Elyana, Anita Baharom juga turut hadir memeriahkan majlis.

Bertuah sungguh Elyana kerana mempunyai ramai peminat yang bukan sahaja menyokong kerjaya seninya tetapi sanggup berkorban masa untuk menyempurnakan majlis ini buat Elyana.

Apapun MH doakan yang baik-baik buat Elyana dan ceria selalu ya!

IKLAN