Uncategorized

So Sweet! Ucapan Hari Lahir Kim Kardashian Pada Kanye West

Share

Untungnya jadi Kanye West, dapat isteri yang sangat ‘loving’ dan ‘caring’ seperti Kim Kardashian.

Semalam, Kanye menyambut hari lahirnya yang ke 41. Apa yang menarik perhatian MH adalah, mesej ucapan Kim terhadap suaminya.

Katanya seperti yang dipetik;

“Selamat hari lahir sayang! Tahun ini memang liar tapi kita masih di sini dalam keadaan baik.

“Saya sangat bangga dengan pencapaian kamu, keluarkan album baru dan kejar impian kamu.

“Kamu adalah inspirasi saya untuk menjadikan sesuatu yang mustahil itu satu kenyataan. Love you,” tulisnya.

Kanye kemudiannya membalas ucapan bersemut isterinya itu.

“Terima kasih kerana memberikan kegembiraan dalam hidup saya isteriku. Saya sangat bersyukur dan bahagia,” balasnya.

Sebelum ini, pasangan selebriti terkenal itu menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

Mereka juga merupakan ibu bapa kepada tiga anak comel iaitu North West,5 tahun, Saint West, 3 tahun dan terbaru Chicago West yang lahir, Januari lalu.

Sumber: Enews!

IKLAN