Categories: Uncategorized

“So Hot La Abang,”- Ramai Cair Bila Remy Ishak Jadi Tukang Kayu, Macho Habis!

Share

Semalam pelakon Remy Ishak ada memuat naik gambar terbarunya di Instagram.

Gambar tersebut menunjukkan pelakon filem Pulang itu sedang menggunakan alat memotong kayu untuk mengubah suai rumahnya.

Ternyata gambar tersebut telah menarik perhatian ramai pihak yang terpegun melihat kemahiran Remy tersebut.

“Siapa yang dah follow Instagram abang mesti tau abang suka bertukang. Rasa-rasa abang tengah nak buat apa dengan kayu ni.

“Tukang kayu tall, dark and senget family awak,” tulisnya.

Terdahulu, gambar tersebut telah menerima lebih 17,000 tanda suka setakat ini dan dihujani lebih 400 komen daripada netizen.

Rata-rata netizen memuji ketampanan Remy itu walaupun sibuk melakukan kerja-kerja pertukangan.

Wah, tak sangka ye Remy sebenarnya ada bakat terpendam! Bukan setakat tampan tapi mahir juga membuat kerja-kerja kayu. Patutlah ramai yang berkenan

Foto: Instagram Remy Ishak

IKLAN