Uncategorized

Siti Sarah Sakit, Masuk Red Zone?

Share

Terkejut dan seperti tidak percaya apa yang kami lihat. Nampaknya penyanyi dan isteri kepada pelawak, Siti Sarah yang terkenal dengan sikapnya yang ceria tiba-tiba terlantar di hospital.

Berita ini telah dikongsikan sendiri oleh suaminya Shuib Speahtu di dalam akaun Instagram miliknya.

“Doakan isteri sy sihat… Ibu kena kuat…… didi ade ni teman ibu wlu ape pon jadi… Love u Sayang @sitisarahraissuddin #pershuibofhappyness”

Sarah yang nampak begitu lemah terbaring di atas katil yang dipercayai dalam wad kecemasan, di ruangan red zone.

Namun sehingga kini masih tiada siapa yang mengesahkan apakah penyakit yang telah menyebabkan Sarah dikejarkan ke hospital.

Apapun MH doakan supaya semuanya dalam keadaan terkawal dan semoga Siti Sarah sembuh dan sihat seperti sedia kala.

 

IKLAN