
“Ini kali pertama saya muncul dengan imej sebegini di hadapan media dan rasanya saya perlu tampil tanpa perlu berselindung lagi.”
Begitulah luahan hati adik kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Saerah Tarudin, 33 yang membuat pengakuan kepada sebuah portal bahawa dia sudah tidak lagi bertudung.
Akui penyanyi ini lagi, dia bukanlah manusia yang sempurna dan berharap agar peminatnya dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
Bagi Saerah, dia lebih rela dihukum manusia daripada terus hidup berselindung.
“Bila saya muncul dengan imej tanpa berhijab begini, saya terima pelbagai komen positif dan negatif, bagaimanapun saya menerima semua komen tersebut dengan hati terbuka,” jelasnya.
Dalam perkembangan sama, setelah tiga tahun bercerai, dia mengakui sudah menemui pengganti yang juga merupakan seorang kenalan lama.
Menurut Saerah, dia kembali rapat dengan kenalannya, Shahidan Johari, 30 setelah bertemu tahun lalu sebelum hubungan itu bertukar akrab.
Difahamkan Saerah sudah mengenali Shahidan sejak 2009 namun hubungan itu terputus selepas dia berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Saerah dan Saiful dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, 6, Ahmad Daiyan, 5, dan Ahmad Aisy, 3 tahun.
Kini, Saerah tampil dengan single terbaharu berjudul Hanya Restu ciptaan Sharon Paul dan Fedtri Yahya.
Bagaimanapun, dia juga berharap kemunculan semulanya dalam industri diterima dan berharap peminat dapat menyokong perjalanan karier seninya.
Sumber : Mstar Online
[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook Media Hiburan * Instagram mediahiburanofficial * Youtube Media Hiburan Official[/su_heading]
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI