Kumpulan Affin melalui cabang perbankan premiumnya, Affin Invikta, bekerjasama dengan TOP50 Media Synergy Sdn Bhd menganjurkan Anugerah Affin Invikta Top 50 Women of Excellence 2025 bagi mengiktiraf wanita paling berinspirasi di Malaysia.
Pada acara yang berlangsung di Renaissance Kuala Lumpur Hotel pada malam Rabu itu menyaksikan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diumumkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
Kejayaan Siti itu disifatkan sebagai figura hebat berwibawa yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan profesional sebagai anak seni dan usahawan, tetapi turut memberi inspirasi kepada generasi masa depan.
Selain Siti, Top 50 Women of Excellence 2025 turut mengiktiraf wanita cemerlang daripada pelbagai sektor termasuk kewangan, sains, keusahawanan, pendidikan, perkhidmatan awam dan seni.
Antara penerima anugerah lain termasuk Tan Sri Michelle Yeoh (Pelakon pemenang Oscar dan aktivis global), Dato’ Sheila Majid (Ikon seni legenda tanah air), Raja Teh Maimunah (CEO, AEON Bank) dan Tengku Zarina Tengku Chik (CEO, Securities Industry Development Corporation).
Turut dalam senarai penerima ialah Dr. Amalina Bakri (Clinical Research Fellow, Institute of Global Health Innovation), Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood (Tokoh kemanusiaan dan akademia) dan Datin Seri Sunita Rajakumar (Chairperson, Climate Governance Malaysia).
Ads
Nenney Shuhaidah Shamsuddin (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah wanita pertama negara), Dato’ Lee Bee Phang (Pesuruhjaya Polis, PDRM), Prof. Dato’ Dr. Aileen Tan Shau Hwai (Pengarah CEMACS), Tan Sri Dato’ Seri Mazlan Othman (Tokoh sains angkasa dan pengarah ISC Asia-Pacific), Datuk Pandelela Rinong (Atlet Olimpik) dan Bella Astillah (selebriti) juga tersenarai.
Penjurian Telus & Berprestij
Bagi kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini iaitu ‘Rising Star Award’ pula dimenangi oleh beregu badminton wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah.
Ads
Pengasas dan Pengarah Urusan TOP50 Media Synergy, Kishvin Sirinavin berkata, setiap penerima anugerah telah dinilai secara adil oleh panel juri berwibawa.
“Panel juri telah menilai pencalonan yang dihantar berdasarkan lima kriteria utama iaitu kepemimpinan dan pengaruh, pencapaian dan kecemerlangan, sumbangan kepada masyarakat, ketabahan, etika dan perwatakan serta impak masa depan, pengaruh dan legasi,” katanya.
Dalam masa sama, anugerah itu bukan sekadar pengiktirafan, sebaliknya satu usaha untuk yang mengangkat peranan wanita dalam membentuk masa depan negara.
Ads
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah.
Katanya, inisiatif itu selari dengan komitmen syarikat terhadap ‘Responsible Banking with Impact’, berteraskan Pelan Strategik AFFIN Axelerate 2028 (AX28).
Untuk info, proses penjurian dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu panel audit menapis semua pencalonan, panel juri memilih 50 calon terbaik, dan panel audit membuat semakan akhir sebelum senarai muktamad diumumkan pada majlis anugerah malam ini.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Ibu mentua kepada penyanyi Nubhan, Zailah Zainudin, menegaskan dia tidak pernah menuntut RM5 juta sekiranya anaknya diceraikan.
Zailah, 62, turut mendedahkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan fitnah serta mencemarkan nama baik keluarganya.
Bekas pensyarah itu pada masa sama turut meluahkan rasa terkilan apabila nama keluarganya diaibkan menerusi pelbagai tohmahan di media sosial.
“Beberapa hari ini, saya dan keluarga melalui ujian berat apabila pelbagai cerita dan tuduhan disebarkan secara terbuka.
“Sebagai ibu, saya sedih apabila nama saya dan keluarga dibawa ke perhatian umum dengan pelbagai tafsiran yang tidak benar,” katanya.
Zailah berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Isnin.
Tambah Zailah, dia juga sudah melantik peguam bagi meneliti setiap kenyataan dan hantaran berunsur fitnah serta mengenal pasti langkah undang-undang yang boleh diambil terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu.
“Saya telah melantik peguam, Tetuan Aizat Izuan Shakeel untuk meneliti setiap kenyataan dan hantaran berunsur fitnah.
“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang menyebarkan maklumat palsu serta mencemarkan nama baik saya dan keluarga,” ujarnya.
Dalam masa sama, Zailah sudah tidak mampu berdiam diri selepas pihak tertentu didakwa sengaja mahu memalukan dan menginjak maruah keluarganya.
“Saya tidak akan berdiam diri apabila maruah kami dipermainkan. Kepada pihak tertentu yang terus menyebarkan fitnah, saya mohon hentikanlah penyebaran cerita yang tidak pasti kebenarannya.
“Jangan menambah luka dengan andaian atau komen yang hanya berasaskan khabar angin. Cukuplah fitnah dan kata-kata yang menyakitkan,” jelasnya lagi.
Selain itu, Zailah tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata positif sepanjang anak sulungnya iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menghadapi kemelut rumah tangga dengan Nubhan.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan semangat kepada saya serta keluarga. Sokongan semua amat kami hargai. Saya yakin dan percaya bahawa kebenaran akhirnya akan diketahui,” katanya.
Sebelum ini, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya serta memfailkan pengesahan lafaz talak.
Mahkamah Rendah Syariah Sepang kemudian menetapkan 2 Disember ini sebagai tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan penyanyi itu ke atas Dr. Afifah atau Dr. Fie.
Namun, ketika kes di mahkamah masih berjalan, timbul pula dakwaan kononnya ibu kepada Dr. Afiyah menuntut RM5 juta sekiranya anaknya diceraikan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mahkamah Negeri Jakarta Selatan telah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap pelakon dan personaliti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani, selepas didapati bersalah atas kes pemerasan terhadap seorang usahawan kosmetik.
Menurut laporan, panel hakim mendapati Nikita terbukti melakukan pemerasan melalui penyebaran maklumat elektronik yang mengandungi unsur ancaman terhadap pengadu, Reza Gladys, yang juga pemilik produk penjagaan kulit.
Dalam keputusan yang diumumkan pada 28 Oktober 2025, mahkamah turut mengenakan denda sebanyak satu bilion rupiah (kira-kira RM254,000) terhadap tertuduh, dengan ketetapan bahawa kegagalan membayar denda tersebut akan diganti dengan hukuman penjara tambahan selama tiga bulan.
Hakim menjelaskan, Nikita disabitkan kesalahan di bawah Pasal 45 ayat (10) huruf a jo Pasal 27B ayat (2) Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UU ITE) berkaitan perbuatan pemerasan melalui media elektronik.
Bagaimanapun, mahkamah melepaskan Nikita daripada tuduhan tambahan di bawah Undang-Undang Tindak Pidana Pencucian Uang (TPPU) selepas mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong pertuduhan berkenaan.
Pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman penjara selama 11 tahun serta denda dua bilion rupiah, namun mahkamah mengambil kira beberapa faktor meringankan termasuk tanggungan keluarga dan kerjasama semasa proses perbicaraan sebelum menjatuhkan hukuman lebih rendah.
Peguam bela Nikita memaklumkan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Camelia Natasya bukanlah nama baharu dalam dunia seni. Sudah enam tahun bergelar pelakon, anak kepada dramatis popular era 90-an, Suriati Baharom, serta pengarah Khir Mohd Noor ini tampil berani apabila mengambil keputusan menyertai pertandingan Dewi Remaja 2025.
Berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang finalis, namun perjalanan Camelia terhenti pada minggu kelima, episod yang menampilkan cabaran ‘Manisfesto’ di mana setiap peserta perlu menyampaikan pengucapan awam di hadapan ratusan pelajar universiti.
Walaupun tersingkir, gadis berusia 24 tahun ini menerima keputusan itu dengan hati terbuka. Baginya, peluang berada dalam pertandingan tersebut adalah pengalaman besar yang mengajar banyak perkara, termasuk keyakinan serta disiplin diri.
“Apabila masuk Dewi Remaja, bermula episod satu sehingga lima kesemuanya memberi cabaran tetapi episod kelima memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
“Memang betul Camelia tersingkir, tetapi bercakap di hadapan orang ramai bukanlah perkara yang mudah. Namun, Camelia ambil itu semua sebagai pengalaman dan juga kekuatan,” ujarnya apabila ditanya.
Bagi bintang filem Mimaland itu, kegagalan mara ke pentas akhir bukanlah alasan untuk bersedih. Malah, berjaya berada dalam kelompok top 12 sudah cukup membuatkannya berbangga.
Namun, apa yang benar-benar menyentuh hatinya adalah memikirkan perasaan keluarga yang selama ini telah memberi sokongan hebat kepadanya sejak sesi uji bakat lagi.
“Bila tersingkir saya terfikir, balik ni nak cakap apa kepada mereka. Perkara pertama yang saya lakukan apabila tersingkir adalah memberitahu perkara tersebut kepada ibu dan meminta maaf kepadanya kerana tidak berjaya sampai ke peringkat final,” kongsinya lagi.
Mengakhiri saingan di tempat kesembilan, gadis tinggi lampai ini yakin ini adalah permulaan kepada perjalanannya. Bagi Camelia, tersingkir tidak bermaksud tewas sebaliknya langkah pertama menuju masa depan yang lebih cerah dalam industri hiburan.
Sekadar makluman, pertandingan Dewi Remaja 2025 kini disiarkan di saluran Astro Ria setiap Jumaat, jam 10 malam, dan turut boleh ditonton secara dalam talian menerusi Astro Go dan sooka.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.