Uncategorized

Siti Nurhaliza Nak Tidur Dengan Glove Azizulhasni Awang

Share

Tahniah buat pelumba negara, Azizulhasni Awang yang memenangi pingat emas dalam acara pecut individu lelaki dalam aksi di Velodrome Nasional, Nilai.

Pelumba berbasikal negara, Azizulhasni Awang berjaya menewaskan protegenya, Mohd Shah Firdaus, untuk menyumbang pingat ke 111 negara dalam acara pecut individu lelaki.

Dengan pencapaian ini sekali gus sasaran emas yang ditetapkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kini telah berjaya dicapai dan menjadikan emas yang ke 111 berjaya dikutip oleh kontinjen Malaysia.

Apa yang menarik, penyanyi no. 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza merupakan salah seorang peminat atlet berbasikal itu. Malah sangat teruja apabila mendapat gloves yang ditandatangan oleh Azizul.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Siti, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan

glove Azizulhasni yang dihadiahkan kepadanya selepas muncul juara acara Keirin dalam Kejohanan Dunia pada April lepas.

Dalam pada itu juga, dia turut mendoakan atlet itu meraih emas.

Tido pakai glove la malam nie @azizulawangofficial Aaminn.. #myluckynumber111 @therealfafau,tulis Siti pada gambar tersebut.

Ruangan komen di instagram Siti juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 4 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen yang agak mencuit hati.

Perkongsian pelantun lagu Mikraj Cinta itu telah menerima lebih daripada 15,000 likes. Rata-rata pengikutnya berkata Siti dapat tidur lena dengan glove tersebut.

Siti juga antara artis yang aktif dengan sukan berbasikal dan kerap kali menyatakan sokongan kepada atlet berbasikal negara.

IKLAN