Pelakon Zul Ariffin turut berlepas ke Jakarta bagi melawat pusara rakan selebritinya, Allahyarham Ashraf Sinclair di tanah perkuburan San Diego Hills, Jakarta Barat.
Bintang asal Malaysia itu meninggal dunia pada pagi Selasa dipercayai akibat serangan jantung.
Zul ada berkongsi momen tersebut menerusi Insta Stories, awal semalam.
Terdahulu, Zul dan Ashraf pernah bergandingan sama menerusi filem aksi sekuel, J Retribusi.
Difahamkan, kedua-dua bintang berkenaan telah mengenali antara satu sama lain sejak 15 tahun dahulu, di mana usia mereka 17 tahun.
Zul akan kembali tampil membawa watak Jay Zulkarnain seperti dalam J Revolusi yang diterbitkan pada 2017. Namun kali ini, dia tidak lagi bertugas untuk Unit Tindakan Khas (UTK).
Sebaliknya, watak Jay akan lebih dikembangkan serta menjadi pengawal peribadi kepada seorang anak orang berada.
Foto: Instagram Zul Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen, Rizalman menerusi Insta Story miliknya meluahkan ‘rasa kecewa’ kepada pengacara popular, Neelofa.
Menerusi video pendek tersebut, Neelofa dilihat memegang jambangan bunga merah bersama kad ucapan hari lahir bersimbol cincin dan kamera pantas meleret ke Datuk Hans Isaac yang hanya berdiri di tepi sambil memberikan senyuman manis.
“Kenapakah aku diperlakukan begini? Oh tidak..Pa…Pa…Pa…Kenapa?” luahnya.
Malah Rizalman secara berseloroh turut menyifatkan lelaki yang mempunyai nama yang bermula dengan huruf H sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.
“Aaaahhh, jantan kalau nama mula dengan huruf H memang aku tak boleh percaya,” kongsinya.
Sedar usia bukan penentu waktu kematian dan atas dasar itu, usahawan Rozita Ibrahim amat mengambil berat perihal solat lima waktu. Jelasnya walaupun dibenci anak-anak kerana kerap kali mengulang soalan yang sama, namun itulah amalan utama yang akan dihisab di akhirat kelak.
Ulasnya lagi, orang yang mengutamakan solat akan memberi impak kepada peribadi dan kehidupan sekelilingnya.
“Assalamualaikum sahabat followers yg bonda muliakan malam ni malam jumaat , Abam dah pergi tak disangka usia mudanya ..Muda tua bukan pengukur umur nak mengadap Allah
“Dah solat ke belum ..?? Soalan membosankan dr mulut sy pd anak2.., tak apalah anak benci janji Allah tak benci sy ..!! Sbb solat merupakn amalan yg paling pertama akan ditanya oleh Allah masa di akhirat nanti..! .
“Pentingnya kedudukan solat dlm syariat islam..! satu kewajipan seorang muslim jika iman dan dia yakin Allah tuhanNya pasti dia xakan tinggalkan solat
“Perkara yg pertama sekali akan dihisab pd hari kiamat..! sbb bila solat kita baik..maka seluruh amalan akan jadi baik.. manakala jika solat kita x cantik… ada lopongnya maka seluruh amalan pun akan ada yg buruk..!
“Adakah Nilai solat kita sempurna dn diterima Allah dn kesan
menafaat dr solat yg dikerjakan itu dpt dilihat
“Tanda2 orang diterima solatnya oleh Allah ialah : dia sering merendahkn dirinya.. .
Dia x kan menyombong diri dgn makhluk Allah yg lain.. tawadhunya dia dlm solat mampu melahirkn rasa rendah hati dlm diri dn pergaulannya sesama manusia.. wlu dia mempunyai kekuasaan tp dia x sombong sbb dia tahu bahawa kekuasaan itu adalah amanat dr Allah..! .
“Orang yg solatnya diterima x akan pernah merasa dirinya lebih tinggi drpd orang lain… Orang yg setia dgn solatnya akan mampu mengendalikn hawa nafsunya.. dn x akan mengulangi perbuatan maksiat yg pernah dilakukan,” jelasnya panjang lebar.
Malah, tambah ibu kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri ini turut menyatakan orang berzikir merupakan tanda solatnya diterima.
“Orang yg banyak berzikir pun merupakn tanda2 solatnya diterima Allah…sbb berzikir ni bukan saja dilakukan selepas menunaikn solat..tetapi zikir ni boleh dilakukn pd bila2 masa saja..! sama ada ketika tengah berjalan..duduk..mahu pun baring..! orang2 yg beriman ini hatinya jadi tenteram sbb sering ingat pd Allah,” ulasnya.
Kongsi pengasas Rumah Hutan ini lagi, orang yang taat pada solat akan menyayangi orang miskin, mereka yang teraniaya dan orang yang ditimpa musibah.
“Orang yg taat pd solatnya juga dia akan menyayangi orang2 miskin.. mereka yg teranaiya..wanita yg ditinggalkan oleh suami..dn orang yg ditimpa musibah.. sebab solat yg dilakukan telah meninggalkn bekas dlm kehidupannya yg saling menyayangi sesama makhluk..
“Cuba tengok diri kita ni.. sudah selaras ke dgn hati dn apa perbuatan kita terhadap kewajiban solat yg kita kerjakan.. sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” kongsinya di laman Instagram.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.