Perkara yang paling ditakuti para pengarah tentunya apabila harus menjalani penggambaran dengan bayi atau kanak-kanak.

Ini kerana aksi dan tingkah-laku mereka sememangnya sukar dijangka membuatkan seseorang itu perlu mempunyai kesabaran yang tinggi apabila bekerja dengan golongan itu.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin berkongsi di laman Instagram miliknya momen dia ‘shooting’ bersama suami dan si comel, Siti Aafiyah baru-baru ini.

“Alhamdulillah, semalam pengalaman pertama saya shooting bersama suami dan baby Aafiyah. SubhanALLAH, kedua-duanya memberikan komitmen yang terbaik terutamanya baby Aafiyah.

“Saya sangat risau sebab baby tak memahami lagi apa yang perlu doa buat dan pastinya meragam bila terkena cahaya lampu yang terang dan panas.

“Tapi setiap kali pengarah sebut ‘action’ semuanya berjalan lancar, tau je anak ibu ini. Thank you buat kedua sayang saya yang memudahkan kerja saya semalam,” tulisnya.

IKLAN

Alahai! bagus betul Aafiyah ni, seawal usia bayi lagi dah ‘ambil feel’ jadi selebriti. Mana tahu besar nanti ikut jejak langkah ibunya kan?

Sementara itu, di ruangan komen pula dipenuhi dengan kata-kata pujian oleh para peminat Siti.

IKLAN

Siti Kongsi Pengalaman Kali Pertama ‘Shooting’ Dengan Aafiyah

IKLAN

Siti Kongsi Pengalaman Kali Pertama ‘Shooting’ Dengan Aafiyah

Apa-apapun, MH memang sokong apa yang dikatakan oleh peminat. Siti memang kelihatan berseri-seri sejak bergelar ibu ini.

Sumber & Foto: Instagram CTDK

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI