Penyanyi Siti Sarah menjelaskan suaminya yang juga pelawak dan penyampai radio, Shuib bakal mengadakan sidang media bagi menjelaskan hal berkaitan susulan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram, awal Oktober lalu.
Siti Sarah bagaimanapun menjelaskan, ketika ini dia tidak boleh memberikan sebarang kenyataan terperinci berhubung perkara itu.
“Sebenarnya saya masih tidak boleh berikan sebarang kenyataan. Tapi, Insya-Allah dalam masa terdekat akan selesai.
“Sikit saja lagi. Kami akan buat sidang media termasuk pihak SPRM,” katanya.
Ditanya apakah yang boleh diperkatakannya apabila terkait mengenai hal tersebut, ini kata yang dikongsikan penyanyi Manis ini ;
“Sebenarnya tahun ini banyak mengajar saya erti sabar. Ia memang sabar yang luar biasa. Namun, saya sangat bersyukur kerana dalam apa keadaan yang terjadi tahun ini terhadap kami, tapi Allah meletakkan kita di tempat yang paling baik. Alhamdulillah.
Ads
“Dalam apa juga keadaan, kami sentiasa positif. Shuib seorang yang sangat tenang. Kami tahu di mana kami berdiri dan tahu dalam apa juga dilakukan, Allah ada bersama,” katanya.
Malah berikutan pelbagai spekulasi yang timbul, Sarah akui tidak mampu elak wargamaya daripada berkata-kata.
“Sebenarnya saya tidak boleh buat apa-apa mengenai orang yang buat spekulasi.
“Walaupun belum diberitahu apa-apa, dia sudah buat spekulasi sendiri, saya tak dapat nak buat apa-apa mengenai itu.
Ads
“Namun, mereka harus tahu sekiranya mereka tersalah bual ia sudah jatuh fitnah. Kalau sudah fitnah, dosa itu macam mana?” terangnya lagi.
Sarah ditemui pada majlis pelancaran single duet bersama Hazama, Terakhir Buat Teman yang turut menampilkan rakan penyanyi, Hazama.
Sementara itu, Sarah turut menyifatkan, apa yang berlaku membuatkan dia semakin kenal erti persahabatan.
Ads
“Dalam keadaan sekarang terutama apabila perkara ini terjadi, terus terang saya cakap saya tahu siapa yang betul-betul berkawan dengan kita sebab kawan atau dia dekat dengan kita sebab ada kepentingan. Perkara ini Allah tunjuk.
“Saya sangat bersyukur sebab Allah jadikan perkara ini. Mungkin untuk buat pembersihan juga pada orang sekeliling saya sebelum kita nak pergi lebih jauh,” katanya.
Terdahulu, pada 1 Oktober media melaporkan pasangan selebriti suami isteri itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.
Kemudian, syarikat rakaman dan pengurusan Indigital Music memaklumkan artis mereka, Siti Sarah hanya menemani suaminya hadir ke ibu pejabat SPRM.
Dalam satu kenyataan lain juga, peguam yang mewakili pasangan itu iaitu, Muhammad Fadhli M Sutris turut menafikan khabar angin anak guamnya itu ditahan reman SPRM.
Foto: Instagram Siti Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fauzi Nawawi ada meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang telah menyalahgunakan foto keluarganya untuk tujuan promosi di laman media sosial.
Tambahan pula, foto tersebut digunakan tanpa kebenaran dan keizinan oleh dirinya.
Suami kepada pelakon Lisdawati ini menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu sikap yang tidak bertanggungjawab.
“Salam semua semoga anda dan Keluarga dilindungi Allah dari kesulitan dan kesusahan hidup ..
“Saya tak suka nak marah 2 pepagi ni tapi tolong lah jgn buat hal yg boleh menaikkan nafsu Amarah org lain dgn buat kerja tak betul ni ..
“pada acc FB dan insta yg Saya post ni tolong delete gambar Saya dan family yg Tak de kena mengena dgn pelaburan anda kami tak tahu menahu pun ttg pelaburan tu dan gambar kami sekeluarga dijadikan alat utk menarik minat pelabur Kalau minta izin at least kami tahu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fauzi memberitahu akan memgambil tindakan untuk membuat laporan polis sekiranya pihak tersebut tidak memadam foto berkenaan dalam tempoh 12 jam.
“Kalau pelaburan tu sejenis scammer !!?? Apa jadi pada pelabur dan Keluarga Saya ??? Saya minta sgt acc ni di delete dlm masa 12 jam dari sekarang atau Saya akan buat laporan polis ..
“Saya tak kisah Kalau gambar kami digunakan utk tujuan promosi produk atau program yg manfaat! Tapi jgn salah gunakan .. Saya berterima kasih pada yg tolong bgtau Saya ttg akaun2 fake yg menguna pakai gambar artis dan celebriti
“Saya Harap sgt anda semua bg kerja sama pada kami sebelum lebih ramai lagi yg teraniaya#fakeaccount #policereports #fauzinawawi,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Fauzi Nawawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menyedari atas beberapa kekangan atas situasi semasa yang berlaku ketika ini, aktres Fasha Sandha memaklumkan dia hanya boleh menganjurkan majlis aqiqah buat anak bongsu, baru-baru ini.
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, telah berkongsi momen saat mengadakan majlis aqiqah Aisha Amaira.
Fasha bagaimanapun menjelaskan, dia memberitahu tidak dapat mengadakan majlis cukur jambul berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa.
“Kisah hari ni Aqiqah for baby Aisha, semoga menjadi anak yang solehah sayang.
“Belum dapat buat majlis cukur jambul due to PKP.
“We love you Aisha Amaira #iburayfalrayshaaisha,” tulisnya.
Untuk rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Selepas itu, Fasha berkahwin bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi nasyid, Dr. Fitri Haris meluahkan rasa syukur selepas ditawarkan peluang untuk menyambung pelajarannya tetapi kali ini dalam jurusan Diploma Pendidikan Tinggi.
Menurut Fitri, surat tawaran daripada pihak universiti awam tersebut sudah pun diterimanya dan kelasnya dijadualkan akan bermula pada Januari nanti.
“Alhamdulillah offer letter utk Diploma pendidikan tinggi dah dapat. Bulan Januari jadi student semula.
“Rasa macam nak apply untuk buat second Ph.D pulak rasa. Biasanya bila dah ada rasa ni kena go on! Ok jom buat proposal 2nd Ph.D. Bismillah jom buat phd @villafila,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, juara program Gema Gegarvaganza musim pertama itu memaklumkan tawaran tersebut membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk menyambung pelajaran seterusnya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) keduanya.
Malah, Fitri yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid, UNIC secara berseloroh mengajak isterinya untuk turut sama menyambung ke peringkat PhD.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Fitri.
Terdahulu, Fitri baru sahaja menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) dariUniversiti Nottingham kira-kira setahun lalu dalam bidang Musicology.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun.
Allahyarham Bung...