Uncategorized

Sifatkan Satu Kehilangan Besar, Rakan Artis Titip Doa & Dedikasi Atas Permergian Nur Amisah

Share

Hari ini dunia hiburan dikejutkan dengan perkhabaran kematian pelakon, Nur Amisah atau Nurin awal pagi ini. Pemergian pelakon tersebut nyata mengejutkan ramai pihak bukan sahaja di kalangan ahli keluarga malah, turut dirasai rakan artis lainnya.

Antaranya adalah pelakon, Azhan Rani yang mendoakan agar roh Allahyarhamah sentiasa tenang di sana serta berharap agar ahli keluarganya turut diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.

“innalillahiwainnailahirojiun sedang masih di kk ni mendapat khabar tentang kehilangan salah seorang pelakon yang sering bekerjasama dengan aku.. kalau tak silap dalam drama #halalkanhatiyangkucuri filem #bikinfilemdan #sembil9n yang sedang kami shooting ni pun dia ada.. last jumpa arwah kak #nurin rasanya di set #sembil9n di #kampungkualaboh di ringlet cameron highland.. arwah seorang yang peramah dan banyak terlibat sebagai watak pembantu dalam drama, filem mahupun iklan tv.. tidak dapat dipastikan sebab kematiannya lagi.. namun ini berita yang agak mengejutkan.. semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan buat suami dan ahli keluarga arwah menerima ketentuan ini dan semoga arwah ditempatkan bersama2 orang yang beriman.. #alfatihah,” tulisnya.

“ini kenangan bekerjasama bersama beliau dalam drama episod #samuderarindu#2017@tv3malaysia#arahan@amorizan .. Allah lebih menyayangimu kak nurin.. dan kami bakal mnyusulimu ,” tambahnya lagi.

Selain itu, pelakon dan penceramah, PU Azman turut dilihat menzahirkan rasa dukacitanya itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

“انا لله وانا اليه راجعون. Pelakon Nurin Misya baru saja menemui penciptanya sebentar tadi. Moga diampuni Allah dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang baik. 
Takziah buat seluruh ahli keluarga. 
Berkesempatan berlakon bersama beliau dalam drama pertama saya “Bila Hati Telah Hitam”. Moga tenang di sana kak,” tulis PU Azman.

Turut sama berbuat demikian adalah pelakon, Zulin Aziz serta pengarah terkenal, Michael Ang.

“Dulu slalu blakon bersama.buatkan zulin kek biskut milo .Kawan zulin kat set ..Allah… Al-fatihah ???semoga ditempatkan bersama2 dgn org2 yg beriman,” katanya.

“Al Fatiha. Semoga Kak Nurin tenang di sana. Lagi seorang pelakon yg I kenal masa mula mula I masuk dlm industry ni. Kak Nurin seorang Yg baik dan sanggup tlg walaupun dia tahu dia tak payah pun tolong!” tulis Michael Ang pula.

Dalam pada itu, pelakon Jasmin Hamid turut terkilan mendengar perkhabaran tersebut serta berkata bulan Ogos ini sahaja sudah beberapa kenalannya daripada golongan anak seni telah pergi menghadap Illahi.

“Innalillahiwainnaillahirojiun..Perginya seorang lagi kenalan saya, anak seni dan hamba Allah KAK NURIN (Nur Amisah binti Abdullah) menemui penciptaNYA pada pagi tadi di rumahnya di Jalan Ipoh kerana khabarnya lelah dan bengkak di tonsil..” tulisnya.

“Bulan Ogos ini, beberapa kenalan saya dari golongan anak seni di jemput pulang menemui penciptaNYA.. Marilah kita sama-sama niatkan pahala surah yang di baca kepada mereka yang terlebih dahulu pergi dari kita.. Takziah buat keluarga arwah di atas dugaan Allah ini..,” katanya lagi

Difahamkan Allahyarhamah Nurin Misha disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 pagi akibat sesak nafas di kediaman di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

MH doakan agar roh arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang beriman, Al -fatihah.

Foto/Video: Instagram & Carian Google

IKLAN