Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat ada berkongsi rakaman video bersama Aprena Manrose di laman Instagram miliknya.
Menerusi video berkenaan, Hatta dilihat secara bergurau mengajukan soalan kepada Aprena mengenai teman lelakinya, namun dijawab spontan pelakon itu, menyatakan dia sudah berkahwin.
“Baru acah acah nak try @mrsaprenamanrose sekali lupaaa dia dah kawen. apa benda laa aku ni, tapi cantik betul dia ni.
Ads
“Kak @lovelyyayangofficial yang baik hati penuh dengan senyuman manis dan kasih sayang thank you very much for everything #glamketengglam #teamproduction *hujung tu suara @fikaruslan “ dia dah kahwin laaaa” #awesometv #awesometvmemangawesome @myawesometv,” kongsinya.
Pelakon, Mawar Rashid ada memuat naik sekeping foto menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Di samping berkongsi swa-foto bersama suami, bintang berusia 24 tahun ini ada memberi kata nasihat untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.
“Saya percaya dengan cinta setulus hati, cinta yang memberikan kebahagiaan dan keberkatan dalam dunia & akhirat.
“Dan bukan cinta yang hanya berlandaskan ‘sayang’. Kalau stakat sayang, tapi tak jaga perasaan buat apa kan?
“Slalu jugak dengar orang cakap, kalau dah ‘sayang’ tu, kita kene tahan dengan sikap dia. No no. Itu bukan namanya ‘sayang’ atau ‘cinta’.
“Tu namanya merosakkan jiwa sendiri dan tak memberi peluang kepada pasangan untuk menjadi yang lebih baik.
“Kalau ada salah yang tak dapat dikawal antara suami isteri tu, seeloknya pergi la cari org yang lebih arif untuk meredakan jiwa dan ‘belajar’ perkara yang sebetulnya. Just sharing. I also still new in marriage,” tulisnya.
Selain itu, bintang drama bersiri TQ Captain ini menyarankan agar setiap pasangan suami isteri harus mempunyai sikap toleransi antara satu sama lain.
“Saya percaya, kalau kita cinta, kita mesti belajar untuk jadi yang terbaik kan. Kita lahir2 bukan nye dah tahu semua benda. Banyak benda nak kene belajar. Cinta bergantung kepada dua insan.
“Sama2 lindungi fizikal & mental. Sama2 adil. Sama2 menasihati. Sama2 belajar untuk menjadi orang yang lebih baik dari yang sebelum ni.
“Kita ni tak ada pun yang sempurna. Sebab tu kene slalu rendah diri kepada ilmu.
“lmu sesama pasangan tu paling penting sebenarnya. Sebab partnerlah actually our biggest supporters.
“Thank you Abang kerna sentiasa ingin membuktikan apa itu maksud cinta. Thank you kerna sentiasa mencari ilmu demi ‘mendidik’ orang rumah.
“Semoga Allah sentiasa berikan keberkatan dalam hidup abang. Aminnnn,” tulisnya lagi.
Imbas kembali, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017 dan dikurniakan satu cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas video pendek yang merakamkan aksi seorang kanak-kanak, Issabelle yang menari lagu Mengantuknya Mumia yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, ibu kepada kepada kanak-kanak berkenaan ada berkongsi video kiriman peminat dari Indonesia.
Dimuat naik menerusi Instagram, ibunya berterima kasih kepada media di sana yang menyiarkan berita anaknya selain turut rasa terkejut.
“Tq, Transtv Indonesia for the highlight. Last nite, mommy receive so many DM from issabelle fans saying that her video “sleeping mummy” is on their news tv.
“Aduhhhh, mommy lagi kaget, terkejut. Terima kasih ya atas komentar yang bagus2 dan teruskan support issabelle ya. Video ini di kirim oleh fans Issabelle dari Indonesia, tq utk videonya,” tulisnya.
Sehingga kini, posting berkenaan mendapat lebih 70,000 tanda suka selain ribuan komen pelbagai telah pun diterima.
Sebelum ini, gelagat pelajar sekolah rendah itu tiba-tiba diperkatakan ramai apabila video tariannya dikongsikan menerusi Twitter lalu mendapat tontonan berjuta warga maya.
Atas perhatian yang diterima, kanak-kanak terbabit turut ditemubual Geng Pagi Hot baru-baru ini.
Foto: Instgram Issabelle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walau bagaimanapun, Instagram tetap menduduki tangga pertama carta dengan 330 juta pengikut, manakala Ariana Grande menduduki tangga ketiga dengan 173 juta pengikut diikuti rapat Dwayne Johnson dengan 170 juta pengikut.
Foto : Instagram Cristiano Ronaldo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...