Baru-baru tular mengenai pelakon dan pelawak iaitu Shuib Sepahtu yang membantu seorang mangsa kemalangan.

Kisah bermula apabila seorang pemuda telah berterima kasih kepadanya kerana pelawak itu telah membantu dirinya yang terlibat dalam kemalangan.

Pemuda yang dikenali dengan nama Muhammad Fauzi berkata penyampai radio Sinar FM itu telah membawanya ke klinik malah turut menghantarnya ke rumah.

IKLAN

“Terima kasih sangat-sangat untuk Shuib Sepahtu dan dua, tiga orang yang selamatkan saya daripada kemalangan walaupun orang yang langgar tu dah lari. Shuib tolong bawa pergi klinik dan sampai dekat rumah.

 

“Terima kasih sangat-sangat apa yang dah kamu bagi Shuib memang sangat prihatin. Peribadi awak memang terbaiklah. Semoga dimurahkan rezeki selalu Shuib sekeluarga dan bahagia dunia akhirat.

 

“Terima kasih Asri Aziz bawak blik motor. Allah saja dapat balas kebaikan. Tiap ujian ada hikmah. Shuib memang terbaik,” kongsi Muhammad Fauzi.

Dalam pada itu, entri yang di muat naik oleh Fauzi Jumaat lalu itu telah menarik 3000 likes dan 590 perkongsian oleh pengguna laman faceboook setakat ini.

IKLAN

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemurnian hati Shuib yang membantu pemuda itu yang sedang dilanda kesusahan.

IKLAN

Shuib bukan setakat suami dan bapa yang baik buat Sarah dan anak-anak, malah kepada masyarakat. Beruntung Sarah mempunyai suami seperti Shuib kan.

Shuib Sepahtu Bantu Mangsa Kemalangan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI