Shuib Sambut Hari Lahir Sarah Sederhana

Mesti ramai yang menyukai kisah percintaan mereka dalam berumah tangga kan? Bersifat romantis dan penyayang menjadikan Shuib Sepahtu suami idaman ramai wanita. 

Menurut sebuah portal online, Shuib mengakui tidak menyediakan apa-apa persiapan sempena ulang tahun untuk isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang ke-33.

“Sejujurnya, saya tidak menyediakan apa-apa hadiah istimewa bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran Sarah pada tahun ini. Saya merupakan individu yang tidak menunggu sambutan hari istimewa untuk memberi hadiah.

 

 

“Jika hati saya terdetik untuk memberi hadiah, saya akan terus merancang perkara itu dan memberikannya kepada Sarah sebagai kejutan. Untuk tahun ini, cukuplah saya hadiahkan kepadanya kasih sayang yang tidak berbelah bahagi,” seloroh Shuib.

Terdahulu, Siti Sarah menerima kejutan daripada suaminya sebentuk cincin bertatah berlian sempena ulang tahun keenam perkahwinan mereka.

Selain itu, Shuib juga pernah menghadiahkan sebuah kondominium kepada isterinya sempena kelahiran anak ketiga mereka, Ariq Matin pada penghujung tahun 2015.

BACA JUGA > http://www.mediahiburan.my/shuib-nasihat-siti-sarah-kurangkan-tunjuk-kemesraan-di-media-sosial/

IKLAN

Namun, pada ulang tahun kali ini disambut sederhana bersama kelab peminat Sarah, Hearty Sarah.

Dalam pada itu, Sarah juga mengucapkan terima kasih kepada kelab peminatnya bersusah payah sambutan hari lahirnya.

Dia juga berkata bersyukur mempunyai peminat yang tidak jemu menyokong kerjaya seninya sepanjang penglibatan dalam dunia nyanyian.

“Secara jujur, saya sendiri rasakan umur saya tidak berganjak semenjak berusia 26 tahun. Masa pantas berlalu dan saya bakal menyambut hari lahir yang ke-33.

Menurut Sarah lagi, usianya bukan penghalang untuk dia merealisasikan impiannya dalam bidang yang dia minati selama ini.

Sumber : Astro Gempak

IKLAN

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]