Uncategorized

Showcase Full House, Joe Flizzow Mohon Maaf Kepada Peminat

Share

Showcase 16 Baris bertempat di The Bee, Publika pada hujung minggu lalu menyaksikan bagaimana rata-rata peminat meluahkan kekecewaan apabila tempat tidak mencukupi buat semua peminat yang hadir.

Mulai trending pada petang Sabtu di Twitter, #16Baris masih lagi hangat diperkatakan oleh netizen sehingga kini.

Berikutan itu, penyanyi Rap, Joe Flizzow memuat naik satu foto di laman Instagram miliknya berserta kapsyen meminta maaf kepada semua peminat yang terpaksa pulang dengan kekecewaan.

“From the bottom of our hearts, sorry. #16Baris,” tulisnya.

Melalui pemerhatian MH di ruangan komen, ada beberapa peminat berkongsi pengalaman yang mereka tempuhi sewaktu berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, ada juga yang memberikan kata-kata semangat kepada Joe dan mengharapkan agar showcase seterusnya dapat dilakukan dengan lebih baik.

Pada MH, tentulah Joe dan artis-artis lain tak jangka bahawa peminat yang hadir kan mencecah lebih daripada yang sepatutnya.

Mungkin melihatkan respon peminat, selepas ini Showcase 16 Baris dapat dibuat ditempat yang lebih besar.

Antara barisan artis hip hop yang menyertai showcase tersebut termasuklah ternama Joe Flizzow, DJ Cza, Altimet, A-Kid, Airliftz, Alif dan ramai lagi.

sumber: IG Joe Flizzow & Twitter

IKLAN