Hos dan pelawak Issey Fazlisham kini mengorak langkah kerjaya seninya selepas tampil mengarah menerusi sebuah telefilem berjudul Nawfal Nak Raya.
Bakal bersiaran tidak lama lagi, Issey mendedahkan naskhah berkenaan mengisahkan mengenai kisah anak tempatan yang membuat persiapan menyambut Syawal.
Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkongsi mengenai perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsinya lagi, sesi penggambaran telefilem tersebut bermula hari ini sekaligus mengimbas kenangan lama.
Ads
“Hari ni hari pertama aku mengarah telemovie. Tajuk Nawfal Nak Raya. Kisah anak Chow Kit nak sambut raya.
“Chow Kit memang tinggal banyak kenangan dekat aku. Masa kecik tahun 90 an, Datang KL mesti tido hotel di Chow Kit. Zaman tu, arwah abah aku ada ramai kawan Kelantan di Chow Kit,” tulisnya.
Ads
Pelakon kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini turut me dedahkan, dia pernah berniaga gerai makanan di sekitar jalan berkenaan, sekitar 5 tahun lalu.
“Tahun 2017 sekali lagi kenangan besar aku di Chow Kit. Berniaga street food. JMT Cafe. Oh Chow Kit. Seribu kenangan di sini,” tulisnya lagi.
Pelakon Efira Loy yang kini sarat hamil zuriat kedua telah dikejarkan ke hospital selepas status kesihatannya menurun, pada Sabtu.
Maklum Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy menerusi akaun Instagram, masalah gastrik yang dialami turut terkena jangkitan kuman.
Menurut bintang berusia 28 tahun ini, keadaan tersebut juga berlaku susulan dirinya terlalu kuat bekerja.
“This week — Anak masuk hospital, Mommy teman anak masuk hospital, Mommy teman sakit sekali.
“When saying “im strong, i can do this “doesnt work anymore. Ingatkan penat biasa-biasa je sebab kerja banyak sangat. Rupanya memang dah overworked body ni soo dehydrated, ada infection dengan gastric lagi.
“Semalam terpaksa cancel my hosting job so that i am fully rested and ready for my trip tonight,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Elfira memberitahu tahap kesihatan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf selepas masalah jangkitan kuman di bahagian paru-parunya berulang kembali.
“Rayyan pulak, his pneumonia is back. Apparently it is common to get the pneumonia back kalau terdedah pada new environment, school, pergi cuti or tempat ramai.
“Gotta take it slow after this. Probably gotta take a break from school, vacations and crowded places. (and pool),” tulisnya lagi.
Akhirnya, figura di sebalik topeng Mat Penyu di program hiburan realiti The Masked Singer musim kedua telah terbongkar selepas pelakon, Zul Huzaimy diumumkan sebagai peserta tersingkir di saingan konsert minggu keenam.
Ketika di akhir siaran rancangan program tersebut, pelakon filem KL Menjerit ini tetap menzahirkan rasa gembira meski tidak berjaya mara untuk ke saingan peringkat seterusnya.
“Sejujurnya, perasaan saya sedih lah bila tak dapat nak teruskan ke peringkat seterusnya. Namun begitu, saya tetap berasa seronok,” luahnya.
Dalam pada itu, Zul atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki tidak menyangka apabila juri tetap Datuk Aznil Haji Nawawi dapat meneka namanya di sebalik topeng Mat Penyu, pada saingan konsert minggu kedua.
“Sebenarnya, saya tak jangka pada minggu kedua apabila Pak Nil dapat meneka nama saya.
“Saya dah dapat agak dari awal lagi sebab saya pernah menyanyi bersama Pak Nil sebelum ini dan kami pun memang rapat,” katanya lagi.
Di samping itu, pelakon berusia 43 tahun ini turut memberitahu ini merupakan kali pertama dia menyertai pertandingan program nyanyian.
“Saya tak pernah menyanyi dalam mana-mana program yang berbentuk pertandingan, menyanyi biasa tu pernah lah.
“Tapi untuk pertandingan ini merupakan kali pertama saya bersama dengan barisan penyanyi profesional,” dedahnya lagi.
The Masked Singer Malaysia musim kedua telah menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Ella, Ramona Zamzam, Michael Ang, Amy Mastura, Raja Azura, Zizan Razak, Remy Ishak dan Angah Raja Lawak.
Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna HD (107), mulai 28 Januari 2022.
Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia musim kedua diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zul Huzaimy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, hangat diperkatakan susulan sepotong klip video yang memaparkan adegan panas pelakon tempatan yang mencetuskan sensasi di media sosial.
Kejadian tersebut nyata mencuri perhatian apabila klip video berkenaan mendapat respon pelbagai warganet.
Antara yang turut sama memberikan pandangan peribadi mengenai isu berkenaan ialah pengarah terkenal, Along Kamaludin.
Menurut Along atau nama sebenarnya, Shahrom Kamaludin, perbuatan pengarah tersebut sememangnya tidak boleh diterima selain turut menyifatkan ia sebagai melampaui batas.
“Saya rasa itu mungkin perbuatan pengarah baharu. Kalau pengarah lama, dia tidak akan buat sebegitu. Dia akan fikir dua tiga kali apa implikasi yang akan terjadi selepas dia keluarkan klip-klip tersebut.
“Bagi saya, perbutan tersebut memang tak patut berlaku. Kita tak perlu nak tekankan drama kita untuk ramai yang menonton dengan menyajikan klip-klip seperti ini. Kita ada batas yang tersendiri. Jangan ikut macam ‘mat salleh’.
“Saya juga tidak bersetuju dengan pengarah tersebut yang mengatakan klip tersebut sebenarnya ‘director cut’. Bagi saya itu bukan director cut tapi sengaja dibuat. Mungkin dia tak faham apa itu director cut,” katanya kepada MH.
Along berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pratonton program television Awesome TV yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Isnin.
Katanya lagi, tindakan seperti ini secara tidak langsung akan mencalarkan imej-imej pengarah lain dan para pelakon juga akan turut sama merasai kesannya.
“Bila terjadi perkara macam ini, para artis akan dipandang rendah dan menjatuhkan maruah mereka sendiri. Orang luar akan menilai ‘Apa artis kita ni?’. Kita ini orang Melayu yang ada adat dan budaya. Kita tak sepatutnya melangkaui batas tersebut.
“Saya rasa perbuatan ini menjelikkan. Imej pengarah lain juga akan tercalar. Anda pengarah baru tapi anda tunjukkan contoh yang tidak elok. Sepatutnya anda kena menaikkan imej drama kita.
“Tapi apa yang kamu buat ni macam menjatuhkan industri. Saya minta maaf kepada pengarah tersebut kerana bercakap seperti ini tetapi inilah hakikatnya,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai trend segelintir pelakon dan rumah produksi yang dikatakan sengaja mencipta gimik murahan demi mempromosikan karya terbaharu, Along berpandangan tindakan seumpama itu sebagai sesuatu yang memalukan.
“Itu merupakan trend yang dibuat oleh segelintir pihak yang miliki IQ cetek. Tak semestinya bila kita nak promosikan sesebuah drama sebab nak penonton tengok, kita buat perkara yang bukan-bukan atau memalukan.
“Kalau saya berada posisi pengarah tersebut, saya akan malu kepada keluarga dan industri. Kenapa perlu buat perkara seperi itu semata-mata untuk mempromosikan drama tersebut? Banyak lagi cara lain yang boleh dibuat.
“Memang benar drama Melayu kena advance dan melangkah ke tahap yang lebih tinggi, tapi bukan cara seperti ini,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, drama terbaru arahan Along yang berjudul Antara Ikhlas Dan Kaca bakal ditayangkan di Awesome TV sepanjang bulan Ramadan nanti.
Drama ini akan membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Luqman Hafidz, Wanna Ali, Aleza Shadan, Zain Hamid dan ramai lagi.
Bersempena sambutan bulan Ramadan tahun ini, Awesome TV tampil dengan kempen terbaharu dengan tema ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat Dengannya’.
Pelbagai program menarik bakal disiarkan di platform Awesome TV disaluran Astro 123 dan MyTV 112.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...