Pelakon Ruhainies terbuka dengan pandangan warganet susulan permohonan maaf yang dilakukan aktres tersebut mengenai isu kontroversi yang berlaku, sebelum ini.
Menurut Ruhainies, ia terserah kepada warganet untuk menilai sejauh mana keikhlasan permohonan maaf yang telah dinyatakannya itu.
“Apa yang boleh saya katakan, cuma diri saya dan Tuhan sahaja yang tahu. Orang nak cakap ikhlas atau tidak, itu terpulang. Setiap pandangan orang di luar kawalan saya.
“Jadi saya tidak boleh nak cakap apa-apa,” katanya kepada media ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Fiziwoo Raya di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Ditanya sejauh mana hubungannya dengan aktor Aliff Aziz yang sebelum ini turut berkongsi mengenai hal berkaitan di dalam satu siri podcast baru-baru ini, Ruhainies lebih senang sekiranya isu tersebut tidak dipanjangkan.
“Jujurnya, saya kalau boleh tidak mahu untuk cerita panjang lebar lagi mengenai isu ini. Saya rasa, ‘cerita’ ini sudah sampai ke penghujung, Insya-Allah. Itu yang kita semua harapkan.
“Saya percaya bukanlah saya sahaja, malah semua orang termasuk netizen sudah penat dengan isu ini yang berlanjutan sudah dua bulan. Kalau boleh kita nak tutup buku, nak buka buku baru.
“Sebab dari pihak Aliff dia sudah pun meminta maaf dan begitu juga dengan saya. Jadi saya tak mahu panjang-panjangkan lagi memandangkan kita nak fokus kepada perkara yang lebih berfaedah.
“Saya di sini kalau boleh nak berkongsi mengenai berita yang baik kerana benda yang telah berlaku lebih kepada hal yang negatif.
“Malah saya pun tak mahu sajikan hal negatif kepada orang luar terutamanya netizen yang membaca. Kalau boleh saya nak kongsi mengenai kerjaya dan berita gembira,” katanya lagi.
Ruhainies bagaimanapun percaya apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersendiri.
“Tipulah kalau saya cakap apa yang berlaku tak berikan kesan langsung, sudah tentulah ada. Setiap ujian pasti ada hikmahnya.
“Apa yang saya nak kongsikan di sini… Saya dapat banyak tawaran kerja baharu daripada negara Seberang. Saya tak boleh nak kongsi lanjut kerana ia masih dalam peringkat perbincangan.
“Malah isu ini pun bukan viral di sini ini saja tetapi hingga ke negara luar juga kan… ke China pun,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio popular, DJ Lin sekali lagi mencipta sukses apabila diiktiraf sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia untuk kali keempat berturut turut menerusi Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2024, baru-baru ini.
DJ Lin yang juga Pengurus Besar Suria FM bagaimanapun tidak hadir untuk menerima anugerah berkenaan sebelum ini kerana berada di Tanah Suci bagi menunaikan umrah.
“Terima kasih kepada keluarga, peminat, rakan media, team Suria FM dan pengurusan Star Media Group Berhad di atas sokongan yang tidak berbelah bagi buat saya sepanjang menjadi penyampai radio sejak tahun 1999 sehingga kini.
“Juga, sekalung penghargaan kepada rakyat Malaysia yang mengundi dan sekali lagi memilih saya sebagai penerima anugerah yang berprestij ini.
“Pengiktirafan ini sememangnya akan menjadi penguat semangat dan inspirasi buat saya untuk terus memberikan komitmen yang padu terhadap jenama Suria dan industri radio Malaysia,” katanya.
Anugerah ini merupakan hasil dari kajian bebas yang dilakukan oleh agensi penyelidikan pasaran terkemuka, Catalyst Research dengan keputusan yang diterbitkan secara eksklusif dalam majalah Reader’s Digest Malaysia.
Kajian tersebut melibatkan 2000 sampel individu dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia bagi menunjukkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama, produk, dan personaliti yang yang paling dipercayai oleh mereka yang mempunyai lebih dari 45 kategori yang berbeza.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Ning Baizura dikritik netizen susulan tular sepotong video yang memaparkan dirinya memberikan respon terhadap komen daripada seorang individu ketika satu sesi siaran langsung.
Dalam video berdurasi 22 saat yang dikongsikan semula di aplikasi X, Ning dilihat seakan tidak tahu mengenai slogan ‘All Eyes On Rafah’ yang juga merupakan tanda solidariti terhadap mangsa perang di negara bergolak Palestin.
“All eyes on Rafah. Who’s that?” Ada eh manusia yang macam ni sekali? Kalau cakap artis malaysia memang ramai out of touch or just plain bangang kang mula lah sekor sekor sentap terpaling artist pun struggle jugak blablabla. Its high time we de-influence n defund these people lah pic.twitter.com/EKaWQkzx0h
Pemilik akaun X tersebut turut menyelar tindakan penyanyi lagu Awan Yang Terpilu itu kerana tidak cakna dengan apa yang berlaku di Palestin.
“Ada eh manusia yang macam ni sekali? Kalau cakap artis Malaysia memang ramai out of touch or just plain bangang nanti, mulalah seekor-seekor sentap.
“Terpaling artis pun struggle juga blablabla. Sudah tiba masanya tidak lagi jadikan mereka sebagai pempengaruh,” tulis individu tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa berang selain turut tidak menyangka perkara tersebut keluar daripada mulut seorang selebriti terkenal.
“Jadi, memang tak pernah ambil tahu la? Sebab memang jelas sangat dah ni.
“Fasal Rafah lagi-lagi #AllEyesOnRafah memang lalu kat semua social media platform kot. Tak sangka dia tak tahu langsung.
“Tak tahu nak cakap apa. Dia boleh gelak dan buat lawak bila ramai manusia dibunuh.
“Takkan tak ambik tahu langsung kejadian di Rafah? Sedihnya. Saya pernah sukakan Ning. Bye,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir 200 ribu tontonan di X.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: X Arxxxxmnd & Instagram Ning Baizura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!