Shikin Gomez ANTM Dapat Tawaran Berlakon

Nampaknya rezeki Shikin Gomez semakin mencurah-curahsejak menyertai dan menjadi TOP 3 Asia’s Next Top Model musim ke-5.

Punyai wajah esotik dan cukup pekej sebagai seorang model membuatkan dirinya menjadi rebutan para designer.

IKLAN

Namun jangan terkejut, sejak tamatnya petandingan ini, Shikinakui ada beberapa produksi yang mula ‘merisik’ dirinya untukdijadikan sebagai pelakon.

“Offer berlakon memang ada, lagi-lagi selepas pengumumanpemenang. Tetapi saya masih belum berminat untuk menceburibidang lakonan. Minat saya lebih ke arah modeling.

 

“Sebenarnya saya memang pelik sampai sekarang, macam manaseorang pelakon itu boleh berlakon. Ini bukan soal bolehberlakon atau tidak, tetapi bagi bila bercakap tentang ‘passion’ saya rasa saya memang kurang berminat untuk bergelar pelakon.

 

“Kalau menyanyi juga begitu, untuk suka-suka semua bolehtetapi untuk menjadikannya karier memang saya rasa I’m more into the fashion industries,” katanya pada MH Online.

IKLAN

Mengakui banyak perubahan yang berlaku padanya sejak keluardari pertandingan tersebut, Shikin terkejut kerana sering menjadiperhatian ramai walau di tempat awam.

“Tak sangka sekarang ni saya dah mula ada peminat. Jika sayakeluar ke mana-mana walau restoran sekalipun pasti akan adayang ingin bergambar dengan saya dan kata meminati saya.

 

“Dari segi penerimaan netizen juga boleh dikatakan so far, so good. Walaupun ada sahaja di antara mereka berkata tentangsaya tetapi kebanyakan mereka memberi semangat danmenyokong saya,” katanya lagi.

Harap Shikin semakin maju di dalam apa sahajabidang yang bakal diceburi dan mudah-mudahan semuanyaberjalan dengan lancar.