Ads

Shiha Zikir ‘Ons’ Saja! Tak Hanya Handal Menyanyi Lagu Sendiri, Belajar Lagu Bahasa Asing Sejak Awal Datang KL

Penyanyi Shiha Zikir mengakui dia bukannya seorang yang akan melepaskan batuk di tangga setiap kali membuat persembahan, tidak kira di kaca televisyen ataupun menerusi mana-mana acara korporat yang eksklusif.

Menurut Shiha, apabila menerima tawaran untuk menjayakan sesebuah persembahan, bermakna dia sudah memegang tanggungjawab besar untuk memuaskan hati semua pihak terutamanya klien.

“Syukur Alhamdulillah, saya sering ada rezeki memenuhi undangan persembahan korporat sejak dulu lagi. Bagi saya, persembahan sebegini merupakan antara sumber pendapatan yang penting untuk seseorang penyanyi.

“Apabila menerima tawaran untuk buat persembahan, saya akan cuba memuaskan hati pihak klien sebaik mungkin yakni menghiburkan mereka serta tetamu yang hadir.

“Menghibur itu pula bukan terikat pada menyanyi semata-mata, saya akan sentiasa berinteraksi dengan para hadirin seperti bermain games, borak-borak dan sebagainya.

“Bukanlah datang menyanyi kemudian ucap selamat tinggal begitu saja,” katanya.

Dalam pada itu, Shiha juga sebenarnya berkemampuan menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa, sekali gus menambah lagi nilai pada seorang penghibur yang berkualiti.

Ads

“Antara maklum balas yang kerap saya terima, ramai yang suka apabila saya boleh menyanyi lagu dalam pelbagai bahasa.

“Jika kita perhatikan pun, memang ada pekerja dalam sesebuah syarikat yang bukan berbangsa Melayu, malah ada yang dari Jepun, Thailand, Filipina dan pelbagai negara lain.

“Biasanya kalau diminta untuk menyanyi lagu-lagu dalam bahasa selain Melayu dan Inggeris, saya akan terus cakap boleh.

“Saya pun sudah belajar lagu-lagu bahasa asing sejak mula-mula datang Kuala Lumpur dulu, jadi kalau klien buat permintaan, saya okay saja.

“Kalau dapat lagu yang saya tak pernah menyanyi sekalipun saya akan belajar untuk kuasai sebutan dan nyanyian dengan baik.

Ads

“Kalau nak tahu, antara lagu bahasa asing yang pernah saya nyanyikan adalah dalam Bahasa Cina (Mandarin dan Kantonis), India (Tamil dan Bollywood), Thailand, Filipina, Jepun, Korea, Sepanyol, Arab dan banyak lagi,” jelasnya lagi.

Shiha Zikir ‘Ons’ Saja! Tak Hanya Handal Menyanyi Lagu Sendiri, Belajar Lagu Bahasa Asing Sejak Awal Datang KL Shiha Zikir ‘Ons’ Saja! Tak Hanya Handal Menyanyi Lagu Sendiri, Belajar Lagu Bahasa Asing Sejak Awal Datang KL Shiha Zikir ‘Ons’ Saja! Tak Hanya Handal Menyanyi Lagu Sendiri, Belajar Lagu Bahasa Asing Sejak Awal Datang KL

Terus Belajar & Luaskan Kerjaya

Shiha juga akui dia tidak pernah jemu untuk belajar perkara baharu dan sentiasa ingin menjadi penyanyi yang versatil.

“Saya amat mengagumi mentor saya iaitu Allahyarham Sharifah Aini dan penghibur handalan Anita Sarawak, kalau boleh saya mahu jadi versatil seperti mereka.

Ads

“Sebab itu saya tak pernah ambil mudah apabila melibatkan soal nyanyian atau persembahan di pentas,” katanya yang telau mempersembahkan lagu dalam Bahasa Filipina dan Thailand di empat acara persidangan ASEAN, sebelum ini.

Selain sibuk memenuhi undangan persembahan, Shiha juga semakin komited menguruskan perniagaan sendiri menerusi syarikat Shiha Zikir Empire (SZE) dan Shiha Zikir Nasi Ayam.

“Mungkin masih ramai yang belum tahu, selain menyanyi saya juga menjalankan kerja-kerja selaku penganjur acara.

“Pendek kata memang dari A hingga Z, memang kami buat baik dari segi muzik, opening gambit, dekorasi dewan, kerja-kerja kreatif, semua SZE boleh buat,” katanya.

Selain itu, Shiha kini dalam proses menyiapkan single terbaharu dalam genre tradisional yang turut mengetengahkan elemen silat dan dijangka menemui peminat tidak lama lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.