Uncategorized

‘She’s A Lady With Her Own Class’ – Chef Wan Kongsi Video Tun Dr Siti Hasmah Main Violin Dapat Pujian Netizen

Share

‘First Lady’ Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sememangnya menjadi sebutan rakyat Malaysia sejak minggu lalu.

Ramai yang kagum dengan beliau yang setia memberikan sokongan kepada suaminya, malah kisah cinta mereka juga turut menjadi inspirasi kepada anak-anak muda.

Melalui pemerhatian MH, ramai artis berkongsi foto dan video mereka bersama pasangan tersebut namun perkongsian Chef Selebriti Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan amat menarik perhatian MH.

Beliau berkongsi video lama menerusi laman Instagram (IG) miliknya di mana Tun Hasmah bermain violin.

“Wow tidak sangka yg Tun Hasmah boleh bermain violin dgn baik sekali a few years back rasa video ini,” tulisnya.

Wow! Memang MH tak nafikan bahawa Tun Hasmah kelihatan begitu anggun sekali memainkan violin tersebut.

Menerusi ruangan komen, ramai memberikan pujian kepada Tun Hasmah.

Ada juga komen yang membandingkan Tun Hasmah dengan isteri Perdana Menteri Malaysia yang terdahulu.

Apa-apapun, pada MH, semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tidak perlulah dibanding-bandingkan antara mereka kan?

sumber: IG Chef Wan

IKLAN