Pelakon, Shasha Abedul mendedahkan dirinya pernah berhadapan dengan masalah depresi dan tekanan perasaan yang agak teruk sejak beberapa tahun yang lalu.
Lantaran itu, ketika diberikan tawaran untuk membawakan watak remaja yang mempunyai masalah tekanan mental dan emosi di dalam drama Projek; Exit, Shasha merasakan dirinya tidak seperti sedang berlakon.
Katanya, watak tersebut sememangnya menggambarkan situasi yang pernah dilaluinya sebelum ini.
“Saya belum sampai ke tahap mencederakan diri sendiri. Ia lebih kepada ganguan mental, depresi, keresahan dan serangan panik.
“Ketika tahun pertama tubuh badan saya diperkenalkan dengan perasaan tersebut, saya sendiri tak tahu apa yang sedang saya lalui.
“Saya kena belajar sendiri sampailah saya tahu bahawa diri ini sedang sakit. Bila saya dapat naskhah ini, saya merasakan Allah seperti sudah mempersiapkan diri saya lebih awal untuk lebih memahami watak ini,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Shasha turut mendedah dirinya telah pun mendapatkan rawatan daripada pakar terapi dan psikiatri untuk mengatasi masalahnya itu.
Ads
“Saya memang ada jumpa dengan pakar terapi dan psikiatri hanya untuk menstabilkan emosi saya dan belajar lagi mengenai apa yang sedang saya rasakan ketika itu.
“Saya juga belajar cara-cara untuk mengatasi perasaan itu,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia juga telah diberikan perskripsi daripada pihak doktor untuk mendapatkan ubat-ubatan tentang penyankitnya itu.
Ads
“Selepas tahun ketiga, doktor ada memberikan saya perskripsi untuk ubat-ubatan tapi saya tidak ambil sepenuhnya. Saya tak nak.
“Pada masa masa, saya juga disiplin untuk berjumpa dengan pakar terapi. Jadi, ia seimbang untuk saya.
“Kita kena faham, psikiatri adalah doktor yang akan memberikan ubat. Manakala, pakar terapi pula akan duduk bersama dan bercakap tentang apa yang sedang kita rasakan. Ia dua perkara berbeza,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Shasha turut menyeru kepada semua pihak yang melalui masalah sama sepertinya untuk berjumpa dengan pihak pakar untuk mendapatkan bantuan.
Ads
“Bila sampai ke tahap ini, segalanya bergantung kepada kehendak individu itu sendiri. Pada saya, setiap masalah, ada jalan penyelesaian.
“Saya percaya, bila kita berjumpa dengan orang yang lebih faham mengenai masalah yang kita lalui terutamanya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, itu adalah cara terbaik untuk kita sembuh,” akhirinya.
Terdahulu, Projek; Exit merupakan sebuah lagi drama terbitan Astro Originals di bawah francais ‘Projek Universe’.
Selain Shasha, drama yang mengangkat isu kesihatan mental ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Mierul Aiman, Kimberly Chuah, Nabila Huda, Naim Daniel dan ramai lagi.
Bahagian pertama siri ‘Project; Exit’ yang merangkumi episod satu hingga empat akan mula bersiaran pada 1 November ini secara sekaligus menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Manakala bahagian yang merangkumi episod lima dan enam akan bersiaran pada 15 November di platform yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Lana Nodin tampil memberikan komen membabitkan isu hangat, baru-baru ini.
Menurut Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nodin, tindakan tersebut hanya akan memberikan kesan buruk terutamanya buat anak kecil bila sudah meningkat dewasa nanti.
“Kalau awak cukup matang, lebih baik diam sahaja daripada membuka aib bapa kepada anak sendiri. Esok budak tu sudah besar tengok malu sahaja.
“Kata nak berpisah secara baik, kenapa nak kena jelaskan dan buka aib? Esok orang buka aib kau baru kau tahu,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Chow Kit itu menerusi ruangan komen di Instagram rasmi sebuah program hiburan.
Pada masa sama, Lana turut menasihatkan agar individu terlibat untuk reda dengan setiap perkara yang berlaku.
“Teruskan kehidupan, Allah sahaja tahu kalau kau sedih tapi bila awak memilih untuk bagitahu satu dunia, mungkin anda bukanlah mangsa. Jadilah bijak,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & kredit Foto: Instagram Lana Nordin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sherry Ibrahim memberikan kata semangat kepada aktor Fattah Amin agar terus kuat demi anak dan keluarganya selepas sah bercerai talak satu, pada pagi Isnin.
Sherry atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim, 41, turut meminta Fattah untuk mulakan hidup baru.
“Tabahkan hati, terima takdir yang telah ditentukan dan bangkit untuk mulakan hidup yang baru.
“Kuatkan dirimu demi Fatima, ibu, ayah dan adik-adik yang sentiasa ada di sisi,” luahnya.
Sherryberkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram yang dikemas kini, hari ini.
Dia pada masa sama tidak menafikan perjalanan hidup bukanlah satu hal yang mudah.
“Perjalanan hidup ini tidak mudah tapi dengan ketabahan, insyaAllah ia pasti akan membuka jalan untuk masa depan yang lebih baik.
“Keep moving forward and semoga urusan you, Abdul Fattah Amin dipermudahkan,” tulis Sherry yang sebelum ini pernah rapat dengan Fattah sekitar tahun 2014, namun berpisah dua tahun kemudian.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 13,000 tanda suka disusuli dengan komen yang pelbagai.
Terdahulu pada pagi Isnin, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dan Fazura sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh kira-kira pukul 9.45 pagi.
Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah pada 13 September lalu di mahkamah sama.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terpukau melihat kejelitaan wanita yang sentiasa melemparkan senyuman manis saat bersua muka. Memiliki wajah yang jelita dan lembut membuatkan Bella Dally sentiasa mencuri pandangan.
Malah, wanita asal kelahiran negeri di bawah bayu Sabah ini, punyai peronaliti yang sungguh ayu, sopan santun dan lemah-lembut saat mengatur bicara lantas menyerlah keperibadian seorang wanita Melayu yang beradab.
Sepanjang bergelar selebriti wanita ini sentiasa tampil dengan imej yang bersih. Pernah suatu ketika dahulu bertanyakan Bella Dally tentang persoalan ini. “Saya seorang yang tak mencari masalah. Saya memang tak kacau orang.
“Selepas saya berhijab dahulu secara tak langsung cara saya berubah. Jadi tiada isu tiba-tiba nak jaga diri. Malah, ketika saya tidak berhijab dahulu saya bukan seorang gadis yang ‘nakal’ juga. Saya memang seorang ‘family girl‘ yang jaga nama baik keluarga dan tak kacau oarang pun. Mungkin sebab itu saya kurang kontroversi,” tutur Bella Dally.
Selain itu, percubaan MH untuk mengcungkil rahsia bagaimana wanita ini menjaga penampilan khususnya kulit wajahnya yang bersih dan cantik itu, nyata berjaya.
Menurut Bella dia amat menitikberatkan penjagaan kulit wajah terutamanya penggunaan produk yang memfokuskan tentang penghidratan kulit, tambahnya lagi, ketika waktu senggang
“Saya suka pakai produk hidrasi. Sebab sebelum ini kulit saya bermasalah juga tapi selepas selalu pakai hydration mask serum kulit menjadi lebih baik.
“Sebelum ini saya suka pakai tiga benda ini sahaja pembersih, penyegar dan pelembap. Tapi bagi saya itu tidak cukup kena pakai topeng wajah dan serum baru nampak perubahan.
“Ketika photo shoot saya memang kena banyak mekap dan saya pastikan kulit benar-benar besih daripada sebarang solekan. Saya hanya pergi facial hanya bila perlu sahaja. Saya jaga makan dan bersenam. Siang saya makan nasi dan tak pernah sekat pengambilan makanan.
“Tapi saya kurangkan makanan segera serta makanan berminyak dan gula. Tubuh saya memang sensitif dengan gula. Jika terlebih gula memnag boleh rasa badan saya cepat naik,” ujar Bella Dally yang kini aktif dengan sukan berbasikal.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.