Categories: Uncategorized

Sharnaaz Ahmad Umum Nama Anak, Jebat Jayden Ahmad, Kini Dah Ada Akaun IG!

Share

Pelakon Shranaaz Ahmad telah mengumumkan nama penuh putera sulungnya iaitu Jebat Jaydeen Ahmad Bin Sharnaaz Ahmad di akaun Instramnya.

Suami kepada Noor Nabila itu juga telah memuat naik sekeping foto bayi comelnya itu di media sosial Instagram.

“Hye asalamualaikum dgn lafaz bismillah dan penuh kesyukuran.. berkat Rahmat Allah yg maha kuasa ..

 

Dengan ini sy memperkenalkan anak kesayangan kami bernama Jebat Jayden Ahmad B. Sharnaaz Ahmad,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menariknya, Jebat kini sudah memiliki akaun rasmi Instagram yang baru dicipta oleh Sharnaaz sendiri dan kini mempunyai hampir 10,000 pengikut.

Rata-rata netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap gambar tersebut.

Terdahulu, Nabila telah selamat melahirkan Jebat atau dahulunya dikenali sebagai Baby J seberat 3.1kg pada 30 Ogos lalu.

Foto : IG Sharnaaz Ahmad

IKLAN