Ads

Sharifah Sakinah Tempelak Perangai Wanita Cuba Dekatinya Sebab Aiman Hakim?

Pelakon, Sharifah Sakinah meluahkan rasa bengang terhadap perangai segelintir wanita yang cuba mendekati dirinya hanya kerana mahu berkenalan dengan pelakon, Aiman Hakim Ridza.

Sakinah bukan sahaja sering bergandingan bersama Aiman menerusi kebanyakan drama, malah mereka juga merupakan sahabat baik di dunia luar.

Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa wanita diluar sana memilih untuk mendekati Sakinah kerana mahu mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sahabatnya itu

Kenyataan itu telah dimuat naik oleh Sakinah menerusi sebuah tweet di laman Twitter miliknya.

Ads

https://twitter.com/shsakinah/status/1046646690315264001

“Awek-awek ni semua rapat dengan aku sebab nak Aiman je,” tulisnya.

Dalam pada itu Sakinah turut mendedahkan Aiman bukan sahaja seorang yang kaya harta, malah menganggap pelakon tersebut sebagai seorang yang merendah diri.

Oleh sebab yang demikian, tidak hairanlah mengapa Aiman sering menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana.

Ads

Sharifah Sakinah Tempelak Perangai Wanita Cuba Dekatinya Sebab Aiman Hakim?

“Tinggi orangnya , pandai pula tu , kaya harta, chartered accountant lagi, rumah kat jelutong sebesar shopping mall, ada shoop lot di area damansara, handsome seperti barbie kent , allah low key sungguh, sangat tak womaniser, bapak lah cool stoner pula,” ujarnya.

Dalam pada itu rata-rata peminat meminta supaya Sakinah bersabar dan menyifatkan ramai orang mahu berkawan dengannya kerana dia merupakan seorang yang kelakar.

Ads

Sharifah Sakinah Tempelak Perangai Wanita Cuba Dekatinya Sebab Aiman Hakim?

Bagi MH, tidak salah untuk kita berkawan dengan sesiapa pun kerana yang penting niatnya haruslah ikhlas dan bukanlah sebaliknya.

Foto: Twitter Sharifah Sakinah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Ezwan Zain Nak Naikkan Aura Isteri Sempena Majlis Resepsi, Erra Fazira...

Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu. Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...
error: Hello. Cannot.