Uncategorized

Sharifah Sakinah, Noh Hujan Buat Kerja Amal Buat Pesakit Kanser, Sayunya…

Share

Pelakon Sharifah Sakinah dan penyanyi Noh Hujan telah membuat persembahan ‘busking’ di Rasta TTDI, khusus bagi membantu pesakit kanser semalam.

Sakinah turut berkongsi gambar dan video sekitar program menerusi akaun Instagram.

Sakinah yang sinonim dengan personaliti bersahaja dilihat ceria menghiburkan orang ramai yang hadir.

Pada masa sama, netizen dilihat meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut dan menganggap Sakinah seorang selebriti yang prihatin.

Kempen tersebut juga turut dihadiri beberapa berisan selebriti lain antaranya Nabila Huda, Jihan Muse, Siti Saleha dan ramai lagi

Foto / video : IG Sharifah Sakinah

IKLAN