Uncategorized

‘Sharifah Sakinah Masuk Air Lagi Dalam Program Meletop! ‘ – Netizen

Share

Rasanya ramai yang mengenali karakter Sharifah Sakinah yang terkenal dengan karakter ‘gila-gila’ dan ‘masuk airnya’ itu.

Meskipun sudah banyak kali dikecam netizen namun Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar tidak ambil pusing mengenai kata-kata orang.

Semalam, MH lihat Sakinah ada berkongsi fotonya sebagai salah seorang tetamu jemputan dalam program Meletop di samping Hael Husaini, Fikry Ibrahim dan Janna Nick.

Namun yang menarik perhatian MH adalah ‘posing’nya dalam foto tersebut memang kalah ‘supermodel’ lain. Ternyata perkongsiannya itu mendapat respon positif netizen.

Kebanyakkan netizen menyukai karakter ‘selamber’ yang dibawakan Sakinah semasa program tersebut.

Untuk pengetahuan semua, Sakinah merupakan salah seorang calon TOP 5 untuk kategori Artis Lawak Meletop.

Menurut Sakinah, dia sendiri tidak menyangka akan tercalon dalam kategori tersebut.

“Saya ingatkan dapatlah tercalon dalam Filem Meletop atau Fesyen Meletop, tapi tak tercalon pula.

“Tiba-tiba dapat tahu tercalon untuk pelawak?” katanya sambil bergurau.

Apa-apapun, MH ucapkan selamat maju jaya buat Sakinah.

sumber: IG Sharifah Sakinah

IKLAN