Categories: Uncategorized

Shamsul Ghau Ghau ‘Throwback’ Foto Ketika Bersama PDRM, Undang Nostalgia!

Share

Bersempena dengan sambutan Hari Polis yang ke-211 baru-baru ini, pelawak dan pelakon, Shamsul Ghau Ghau ada memuat naik fotonya ketika berkhidmat bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerusi Instagram (IG) miliknya.

Entri yang dimuat naik bintang asal Perak ini berjaya kembali merakam nostalgia apabila rata-rata pengikutnya memuji profesion dan penampilan segak Shamsul atau lebih sinonim dengan panggilan Pak Su itu ketika menyertai badan beruniform berkenaan.

“Selamat hari polis ke 211,” tulisnya ringkas sambil disertai dengan tanda palang #polisduludulu #minyakwangishamsulghaughau #jomngaji #dakwahsampaimatI #niatdakwah dan #sempoibaqhang itu.

Terdahulu, Shamsul yang kini lebih aktif di dalam aktiviti dakwah selain mengeluarkan jenama harumannya sendiri merupakan juara pertama program nyanyian terkenal 90-an, Sinaran Passport Kegemilangan yang pernah bersiaran di TV3 sebelum aktif dalam dunia lakonan dan nyanyian.

Antara lagu hits nyanyian Shamsul ialah Lagu Hits Buatmu, yang dipetik menerusi album berjudul Beza Berbeza.

Sehingga kini, posting tersebut sudah pun menerima hampir 7,000 tanda suka dengan lebih 150 komen daripada para pengikutnya di aplikasi berkenaan.

Foto: Instagram Shamsul Ghau Ghau

 

IKLAN