Uncategorized

Shaheizy Sam Tak Ikut Isteri Bercuti Ke London Bukan Sebab Muflis

Share

Beberapa bulan lalu hangat tentang kontroversi seorang pelakon lelaki popular, Shaheizy Sam menerima notis muflis dan namanya dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 26 Mei lalu.

Terbaru terdapat cerita yang mengatakan Sam tidak dapat ikut serta bersama keluarganya bercuti ke luar negara kerana sudah muflis.

Namun begitu menerusi satu sumber, Sam menafikan perkara tersebut dan dia menjelaskan bahawa dia tidak dapat ikut serta dalam percutian bersama isteri, anak dan keluarganya adalah disebabkan oleh komitmen kerja.

“Saya tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 tidak lama lagi.

 

“Saya dijangka mula masuk ke set penggambaran pada 14 Oktober ini jadi saya harus mempersiapkan diri,” ujarnya kepada Harian Metro.

Menurut sumber lagi, Sam menegaskan perkara ini tidak ada kena mengena dengan isu LHDN.

Sam juga tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang isu LHDN ini kerana perkara tersebut sedang diuruskan oleh peguamnya.

Ketika ini isteri kepada sam, Syatilla Melvin dan anaknya sedang bercuti di London bersama keluarga.

Jom kita lihat gambar percutian Syatilla bersama anak mereka, Syeriv Samheizy di London.

Sumber: Harian Metro & Instagram Syatilla Melvin

IKLAN