Rasanya sudah lama kita tidak melihat kelibat kumpulan Bocey berada di satu pentas yang sama kan? Selalunya, mereka hanya bergerak solo atau pun salah seorang akan ‘hilang’ kerana terikat dengan kerja.

MH pasti, mesti ramai yang ternanti-nanti kumpulan tersebut ‘bersatu’ kembali di atas satu pentas yang sama.

Setelah Setahun, Bocey Kembali Dengan Bocey & Friends Live

Oleh itu, MH ada berita gembira buat peminat Bocey! Ini kerana kumpulan kesayangan ramai ini akan kembali dengan sebuah program berkonsepkan persembahan komedi, bertajuk ‘Bocey & Friends Live’.

IKLAN

Dikemudikan oleh Fad, Achey dan Abam, program ini mengetengahkan elemen lakonan dan nyanyian serta pementasan komedi yang berbeza selama satu jam dan diiringi oleh ‘rakan-rakan’ Bocey.

Dalam pada itu, MH difahamkan bahawa identiti selebriti undangan hanya akan didedahkan kepada Bocey dan penonton semasa persembahan komedi sedang berlangsung supaya elemen kejutan dapat dilihat dalam persembahan mereka.

Setelah Setahun, Bocey Kembali Dengan Bocey & Friends Live

IKLAN

Selain itu, kehadiran pelakon, Nasir Bilal Khan sebagai ‘tukang buka panggung’ dan ‘tukang tutup cerita’ turut memberikan elemen kejutan memandangkan umum mengetahui ini merupakan ‘debut’ pelakon tersebut dalam bidang lawak.

Sementara itu, Fad Bocey turut berkongsi cabaran yang bakal mereka hadapi semasa program ini berlangsung.

IKLAN

“Ini kali pertama Bocey akan bersiaran ‘Live’ selama satu jam, jadi apa yang penting adalah untuk kekalkan momentum dalam setiap persembahan kami.

“Di samping itu, ‘chemistry’ dengan tetamu jemputan juga penting dan ia jadi lebih mencabar kerana mereka akan muncul secara spontan. Jadi kami bertiga harus pandai mengawal situasi,” katanya lagi.

Bagi Achey pula, dia mengharapakan dengan program ini, kerinduan peminat terhadap kumpulan Bocey, terubat.

Setelah Setahun, Bocey Kembali Dengan Bocey & Friends Live

“Harap peminat dapat ubat kerinduan untuk melihat kami di atas pentas yang sama dan kami terus dapat menghiburkan para peminat,” katanya.

Manakala Abam pula, dia mengharapkan agar peminat akan dapat menerima program ini memandangkan ia berbeza dengan apa yang Bocey pernah muncul dahulu.

“Saya harap peminat dapatlah menerima dan menyokong program ini supaya ia dapat jadi lebih baik,” katanya pula.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI