Selebriti, Sofia Richie, 19 tahun akhirnya memutuskan hubungannya dengan Scott Disick setelah setahun bersama apabila Disick ‘kantoi’ curang.

Perkara tersebut disahkan oleh sumber terdekat selebriti tersebut kepad media Hollywood.

“Sofia yang putuskan hubungan mereka,” kata sumber tersebut kepada E! News.

Perpisahan tersebut agak mengejutkan memandangkan kedua-dua mereka baru sahaja pulang daripada percutian romantis di St Bard bagi meraikan hari jadi Disick yang ke-35 hujung minggu lalu.

IKLAN

Setelah Setahun Bersama, Akhirnya Sofia Richie Dan Scott Disick Berpisah

Bagaimanapun, media TMZ melaporkan bahawa Disick kelihatan mesra dengan seseorang semasa pelancaran album Kanye West di Wyoming.

IKLAN

MH difahamkan bahawa Disick mengetahui kecurangan Disick semasa dia berada di Miami dan sejak itu hubungan mereka mulai tegang namun masih boleh bertahan.

Ternyata, kecurangan Disick yang terbaru ini membuatkan Richie mengambil keputusan meninggalkan teman lelakinya itu.

IKLAN

Pasangan tersebut mula mendapat perhatian media Mei tahun lalu dan mengesahkan hubungan mereka pada bulan September. Ayah Richie merupakan orang yang paling kuat menentang hubungan mereka.

sumber:E! News

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI