Setelah lima tahun mengenakan hijab, pelakon Emma Maembong akhirnya mendedahkan dia kini sudah tidak mengenakan hijab.
Difahamkan, ada peminat yang merakam dan bergambar bersama Emma tanpa dirinya mengenakan hijab
Seperti yang dipetik BH Online, pendedahan tersebut dibuat pelakon berkenaan sambil menyifatkan apa yang dilakukannya itu bukanlah contoh yang baik.
Malah Emma seperti yang dipetik turut menjelaskan, apa yang berlaku tidak kaitan dengan kontroversi melanda dirinya, baru-baru ini.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 27, selesa membiarkan keputusan yang dilakukan dengan berat hati itu ditanggung sendiri, memandangkan imannya masih belum kukuh.
“Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.
Ads
“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Ia (tindakan membuka tudung) bukan contoh yang baik dan jangan ikut saya.
“Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka,” katanya.
Sementara itu, Emma turut mengakui dia cuba bermuhasabah dan memperbetulkan diri.
“Cara saya mengenakan selendang di leher dulu juga pantas dikecam netizen. Ada yang cakap, lebih baik bertudung penuh dan sempurna. Sedikit demi sedikit, saya mencuba untuk bertudung.
Ads
“Ketika itu, saya cuba bermuhasabah dan memperbetulkan diri. Selepas saya mula bertudung dulu pun, seperti biasa cara berpakaian dan mengenakan tudung itu juga terus mengundang kritikan. Semua benda bagai serba tak kena. Benar, susah untuk saya memuaskan diri orang lain.
“Saya seperti berperang dengan diri sendiri. Tetapi, saya lawan segala perasaan negatif. Namun, saat hanyut dengan kekhilafan diri, baru-baru ini. Saya terus dihukum seperti mempermainkan agama. Mereka yang memberi komen pedas itu pula seolah-olah mendapat jaminan masuk ke syurga. Malah ada yang cakap, apabila sudah ‘kantoi’, baru nak minta maaf. Saya akur, diri ini manusia biasa yang tak pernah sempurna,” jelas Emma.
Turut menafikan dirinya bertudung kerana melakukan perniagaan tudung, bintang tersebut turut berkongsi, agak berat bagi ahli keluarga menerima keputusannya untuk tidak lagi berhijab.
Ads
“Cuma, mereka akur dan tahu apa yang saya lalui selama ini. Mereka lihat dengan mata sendiri segala episod jatuh bangun dan ‘sakit’ saya menjadi anak seni.
“Mereka bukanlah menggalakkan saya tidak bertudung, tetapi dalam masa sama, berharap supaya suatu hari nanti saya akan kembali istiqamah,” katanya.
Sumber: BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas model terkenal era 80-an, Nastasia Urbano kini dilaporkan sudah menjadi gelandangan sebelum dikatakan muflis.
Dia yang kini berusia 57 tahun tinggal dan tidur di kali lima sekitar Barcelona, Sepanyol.
Bintang runway yang pernah menghiasi muka depan majalah fesyen selain menjadi wajah wakilan jenama fesyen mewah ini tidak lagi menjalani kehidupan serba glamor, sebaliknya terpaksa menjadi gelandangan.
Semuanya berlaku apabila bekas suami bertindak mengikis kesemua hartanya.
Menerusi satu temu bual, Urbano menjelaskan dua hari selepas berkenalan, dia mahu membeli kereta jenama BMW.
“Saya seperti orang bodoh, saya menjelaskan bayaran. Saya memang mabuk cinta ketika itu,” jelasnya yang turut mengalami masalah depresi selain dihalau keluar rumah kerana tidak mampu menjelaskan sewa kediaman.
Terdahulu ketika di zaman kegemilangannya, Urbano dikenali sebagai antara model yang mendapat bayaran lumayan iaitu jutaan dollar untuk tempoh 20 hari bekerja sekitar tiga atau empat jam dalam sehari.
Selain dirinya, model terkenal lain yang turut dikenali pada era tersebut ialah Linda Evangelista.
Sumber: The Sun/ El Periodico Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam masa yang sama, Sufian juga ada menasihati netizen agar menggunakan kata-kata yang positif dalam setiap komen.
Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap posing Sufian itu.
Terdahulu, lagu Di Matamu telah mencetuskan fenomena apabila dinobatkan sebagai persembahan terbaik semasa beraksi di pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-33 Ahad lalu.
Foto : Instagram Sufian Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan ushawan terkenal, Neelofa tidak menafikan sebenarnya sukar buat dirinya serta sesetengah orang lain untuk berdiam diri untuk tidak memuat naik apa-apa status di media sosial apabila sesuatu terjadi kepada diri.
“Sebenarnya saya tengok situasi ini sudah lama (individu yang gemar memuat naik status di Instagram khasnya mengenai hal peribadi) dan saya sendiri pun susah untuk tidak meletakkan apa-apa statud bila suatu benda terjadi.
“Sebab secara semula jadinya kita pasti mahu bersuara atau ekspresi apa yang kita rasa sama ada tengah marah atau sedih.
“Bagaimanapun, kita kena didik diri supaya senyap dan tidak memberikan apa-apa reaksi. Sebab saya faham sesiapa sahaja boleh melalukan hal tersebut, jelasnya.
Ditanya sama ada jawapan yang diberikan itu turut ada kena mengenai dengan situasi yang berlaku di sekeliling bintang kelahiran Kelantan itu, Lofa mempunyai jawapannya sendiri.
“Rasanya tidak adil untuk saya… kalau kata ia ditujukan kepada mereka yang berkaitan dengan saya, rasanya saya tak adil untuk bersuara sebab saya tidak mahu masuk campur atau menjawab bagi mana-mana pihak.
“Pandangan saya itu adalah buat sesiapa sahaja memandangkan semua orang akan menghadapi situasi yang katakan tadi, berkenaan dengan sosial media yang akan memburukkan lagi keadaan.
“Misalnya masalah yang berlaku kecil sahaja, tetapi bila dimuat naik di Instagram ia jadi kian besar. Jadi semua kena berhati-hati dan ingatkan diri untuk sabar, jangan kongsi lagi. Selesai dalam cara yang lain terlebih dahulu,” katanya profesional.
Terdahulu, Neelofa ditemui media sejurus tamat program istimewa MeleTop yang turut mengumumkan senarai Top 20 calon Anugerah MeleTop 2019 bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...