Uncategorized

Setelah 4 Tahun, Maleficent 2 Akan Kembali?!

Share

Masih ingatkah korang mengenai filem Maleficent sebelum ini? Filem itu memberikan impak yang sangat besar buat penggemar filem.

Apa taknya, mesej yang disampaikan oleh filem tersebut memang kena dengan masyarakat zaman kini yang begitu mudah menuduh tanpa usul periksa. Kita kena ingat bahawa semua orang mempunyai ‘cerita’ masing-masing.

Empat tahun setelah filem tersebut ditayangkan dipawagam, pelakon watak ‘sleeping beauty’, Elle Fanning memuat naik foto selfie bersama Angelina Jolie yang memegang watak Maleficent sedang menjalani penggambaran filem sekuelnya.

“Ultimate photobomb. Hari ini adalah hari membawa ibu anda ke set penggambaran di Maleficent 2 set,” tulisnya.

 

MH difahamkan setakat ini filem tersebut masih tidak mempunyai tarikh tayangan namun sudah pasti ia dinanti-nantikan oleh para peminat Angelina setelah kali terakhir dia berlakon adalah pada 3 tahun lalu semasa masih bergelar isteri kepada Brad Pitt.

Semasa satu temubual bersama media antarabangsa, Angelina menjelaskan sebab utama dia kembali berlakon semula.

“Sekarang kan saya ketua keluarga, jadi inilah masanya,” katanya.

Maleficent 2 turut dibintangi oleh Michelle Pfeiffer, Lesley Manville, Chiwetel Ejiofor, Ed Skrein dan Harris Dickinson.

sumber: E News!

IKLAN