Uncategorized

Setahun Solo, Farah Lee Buat Pengikut Instagram Tersentuh

Share

Tersentuh pula hati MH Online bila terbaca luahan hati bekas isteri kepada pengacara terkenal Ally Iskandar, Farah Lee.

Farah yang terkenal dengan sikap puitisnya itu sempat berkongsi perasaannya setelah mengharungi kes penceraian melalui akaun Instagram yang menunjukan semuanya sudah kembali seperti biasa dan dia semakin bahagia dengan gaya hidupnya kini.

Tidak terhenti di situ, Farah juga memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen yang cukup menyentuh hati.

“Genap setahun berdua dengan kamu si kecil sayang. Yeaaay we made it with style” tulisnya di ruangan kepsyen.

Malah, MH Online juga perasan Farah turut meninggalkan komen yang agak menyentuh hati apabila ada kenalannya memberitahu dia bertuah kerana diberi ‘peneman’ jika dibandingkan dengan individu lain yang langsung tiada anak.

Walaupun ada yang meminta untuk dia rujuk semula dengan bekas pasangannya, namun Farah hanya mampu berkata andai ia semudah kata-kata.

Apapun MH Online harap Farah terus tabah untuk teruskan kehidupan dan jangan berputus asa untuk merawat luka di hati.

Anak itu anugerah dariNya dan kami tahu Farah tidak akan sesekali mengsia-siakan pemberian itu.

Nah ini dia beberapa gambar terkini Farah bersama anaknya Maream Esabel.

IKLAN