Mengenakan warna tema kuning diraja, pasangan selebriti, Jihan Muse dan Ungku Hariz dilihat sedondon menggayakan baju berona berkenaan bersama anak, Ungku Arsalan Haq.
Sempena Syawal, famili kecil ini memilih untuk tampil baju raya yang sedondon warnanya.
Bagaimanapun apa yang melucukan, kunjungan ke rumah tetamu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Ads
Masakan tidak, sofa tuan rumah seakan-akan sama seperti baju raya mereka!
“Rasa cantik sangat color baju kami arini.. bila dah masuk rumah orang.. terus rasa nak balik.. #sesumpahsofa,” tulis Ungku Hariz di Instagram.
“Jangan menilai seseorang dari luaran sahaja”, itu antara komen netizen apabila pelakon dan usahawan, Fara Mendoza yang menujukkan kebolehannya ketika membaca ayat suci Al-Quran.
Sesi berkenaan difahamkan berlaku ketika pelakon itu hadir ke rumah terbuka rakan sempena Syawal.
Meski terkenal dengan imej seksi dan gaya rambut terkini, Fara kelihatan tenang membaca ayat suci dengan lancar.
Malah, perkara itu dikongsikan rakan artis, Betty Banafe yang turut memuat naik video di Instagram miliknya.
“So proud with my sis @fara_mendoza kenal.huruf Quran.. malah bertaranum lagi.. practice dik… Will perfect.. sedap suaramu! #keepitupagoodwork #sisterlovesambil beraya sambil kena test.. heheh.. jangan serik dik oiii @beby_maembong,” tulisnya.
Sambil memberitahu wang bukanlah segalanya, Umie turut menempelak individu tersebut dengan menyatakan betapa murahnya nilai sebuah persahabatan.
“MONEY IS NOT EVERYTHING but EVERYTHING IS MONEY. SubhanaAllah …betapa murahnya nilai sebuah persahabatan bagi kau ! kau bole bohongi satu dunia dgn keterampilan suci kau yg seperti dibawah lindungan kaabah itu .. dan paling sayang…kecantikan wajah kau tidak secantik hati kau !
“Sehingga keterbiasaan itu membuat kau terlupa bahawa kemewahan yg kau ambil itu akn menghancurkan hati sahabat kau sendiri.. bkn kerana kebendaan itu TETAPI kerana seorang sahabat tidak akn MENGKHIANATI sahabatnya sendiri semata mata utk kesenangan.
“Aku cuba lupakan sejarah silam dgn harapan kau sudah berubah. Tidak ada yg berubah rupanya…dan bukan mudah merubah kebiasaan hidup silam seseorang.? Tapi aku masih memberi seluruh kepercayaan aku kpd kau sehingga aku menghadam kekecewaan aku satu ketika dulu demi utk memaafkn kau kerana aku terlalu menghargai kau sebagai sahabatku.
“Tetapi sahabat! Ucapan maaf bukan hanya sekadar kata-kata.. ianya ungkapan yg harus diselarikan dgn tidak lagi mengulangi kesilapan itu. TETAPI harini kau bukan sahaja mengulangi kesilapan itu tetapi kau telah bertakhta di hati aku sebagai PENGKHIANAT !!
“#fakefriends #becareful @zahidarafik maafkan me baby tak dengar nasihat baby dari awal. Korang pernah tak ada kawan jenis macamni? Apa korang akan buat?,” tulisnya panjang lebar.
Lalu menerusi ruangan komen, para peminat termasuk selebriti ada memberi pandangan mereka. Malah, tidak kurang yang membuat telahan sendiri membayangkan ia seperti ditujukan kepada Erra Fazira.
Keduanya sebelum ini sedia diketahui mempunyai hubungan erat dan akrab.
Lalu menerusi pemerhatian MH, kedua-kedua mereka sudah saling tidak mengikuti masing-masing di Instagram.
Terdahulu, Umie turut berkongsi hal sama menerusi Insta Stories.
Foto: Instagram Datin Seri Umie Aida/Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya