Categories: Uncategorized

“Sesuailah Sangat Dengan Penyanyinya,”- Alamak, Shila Amzah Kena Hadap Gurau Kasar Dengan Netizen Sebab ‘Bodoh’

Share

Penyanyi, Shila Amzah mengumumkan bakal mengeluarkan single terbaru bertajuk ‘Bodoh’ malam ini di laman YouTube.

Bagaimanapun, tajuk lagunya itu telah mengundang pertikaian pelbagai pihak termasuklah peminatnya sendiri.

Rata-rata menganggap tajuk tersebut tidak sesuai lebih-lebih lagi jika ingin dimainkan di radio mahupun television.

Memetik laporan Hype, Shila memilih tajuk tersebut kerana ianya pendek dan ‘catchy’ malah, ia merupakan cara terbaik untuk peminat menggambarkan lagu tersebut.

“Saya tidak kisah kalau orang kritik saya. Mungkin selepas mendengar lagu ini, mereka akan faham mengapa ia digelar bodoh,” katanya.

Lantaran itu, ramai netizen dan peminat mencadangkan supaya Shila menukar tajuk lagu tersebut supaya ia boleh diterima ramai.

Bagi MH, terpulanglah pada penerimaan masing-masing. Yang penting kena dengar dulu keseluruhan lagu Bodoh, baru boleh cakap tajuknya sesuai atau sebaliknya. Betul tak?

Foto: Instagram Shila Amzah

IKLAN