Wah! Beruntungnya Yuna apabila dia mendapat jempuan khas daripada penganjur rasmi, Mercedes-Benz untuk menghadiri acara tontonan (viewing party) sempena Anugerah Akademi ke-90 baru baru ini.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Md Zarai,33 tahun menghadiri acara tersebut sambil ditemani suaminya, Adam Yousuf Sinclair, 34 tahun bertempat di Hotel Four Season, Beverly Hills, Los Angeles pada Isnin lalu.

Seronoknya Yuna Dapat ‘Invite’ Acara Tontonan Oscar Di Hollywood!

Tentunya Yuna teruja dapat menjadi sebahagian daripada jemputan rasmi majlis tersebut apatah lagi ia sebuah acara berprestij Hollywood.

IKLAN

Secara tidak langsung ini membuktikan bahawa namanya kini sudah muda mendapat tempat di kalangan penggiat Hollywood kan?

MH perasan antara para selebriti yang menghadiri acara ‘viewing party’ tersebut adalah Jamie Fox, Jane Lynch, Chord Overstreet dan banyak lagi nama-nama besar Hollywood.

IKLAN

Seronoknya Yuna Dapat ‘Invite’ Acara Tontonan Oscar Di Hollywood!

Dalam pada itu, tentunya Yuna tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar di majlis tersebut bersama suami tercinta.

IKLAN

“Here’s one for the Gram! Thanks Mercedezbenz for an awesome Oscar viewing party #oscar,” tulisnya di laman Instagram miliknya.

Pada MH, tentunya pengalaman tersebut tidak dapat dilupakan oleh Yuna. MH doakan agar Yuna akan terus maju dan mendapat ‘recognition’ oleh para penggiat seni di Hollywood!

sumber: IG Yuna

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI