Uncategorized

Sering Melancong, Nazim Othman Didakwa Tiada ‘Job’

Share

MH  sering melihat aktor kacak ni, Nazim Othman dan isteri, Bella Dally kerap kali memuat naik gambar melancong ke luar negara di Instagram miliknya.

Disebabkan itu, ada sesetengah netizen membuat andaian Nazim tidak mempunyai sebarang tawaran lakonan sehingga dapat meluang masanya sepenuhnya bersama isteri dengan berlibur. Eh betul ke ni?

Walaubagaimanapun, Nazim berkata dia sebenarnya sedang berehat seketika daripada menjalani penggambaran sebuah drama.

Lihat sajalah entri terbaru di Instagram milik Nazim, laman itu dipenuhi foto percutiannya ke beberapa lokasi termasuk terbaru di Phuket, Thailand.

Malah, Nazim memberitahu dia suka bercuti ke luar negara dengan konsep bajet dan ‘backpacking’ sejak berusia 19 tahun lagi.

“Dulu saya gemar bercuti dengan cara ‘backpacking’, menaiki kereta api dan menghabiskan masa perjalanan yang panjang sehingga badan lesu. Maklumlah, ketika itu, zaman remaja, bajet agak padat.

Namun kerana sering melihat Nazim sering bercuti secara mewah, dia sering menjadi mangsa kecaman kerana dikatakan terlalu boros sedangkan dirinya kurang mendapat tawaran belakon.

Menjawab komen negatif seperti ini, Nazim memberitahu sebenar setiap percutian itu tidaklah menelan kos yang tinggi sebaliknya hanya perlu pandai cari promosi di internet.

“Apabila kita bijak menggunakan teknologi, kita akan dapat banyak maklumat berguna termasuk pakej percutian. Banyak promosi menarik yang boleh kita dapat,” katanya yang meluahkan perasaan melalui status di Instagram.

Memetik dari sebuah portal hiburan, Nazim menafikan dakwaan tersebut dan berkata kini sedang menjalani penggambaran drama 80 episod berjudul Monalisa yang diadaptasi daripada siri Korea, The Women’s Room.

Menurut pelakon itu, disebabkan dirinya tidak terlibat dalam mana-mana babak pengambaran, jadi dia mencuri peluang untuk bersama isterinya.

Dalam masa yang sama, Nazim turut menjelaskan dia tidak membawa mana-mana jurufoto untuk mengambil gambarnya sepanjang bercuti. Sebaliknya hanya bermain dengan angle dan teknik yang betul.

Bagi kami apa salahnya untuk Nazim curi sedikit masa untuk bersama isteri tercinta kan? Tak ada lah dia tertekan dan mampu memberikan kualiti lakonan yang baik ketika kembali bekerja nanti.

Okay tak nak cakap banyak, #MHBelanjaGambar percutian mereka.

Sumber: BH Online
Sumber gambar : Instagram Nazim Othman

IKLAN