Uncategorized

Seri Mengandung, Peminat Puji Nora Danish

Share

Pelakon cantik, Nora Danish dihujani ucapan tahniah selepas memuat naik gambar di Instagram ketika menghadiri majlis resepsi sahabat baiknya, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran Engku Zainal Abidin di Indonesia.

Walaupun masih kurang jelas kelihatan baby bumpnya, namun jelas seri ibu mengandung selepas disahkan hamil selepas lima bulan mendirikan rumah tangga bersama suami, Nedim Nazri

Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Nora berkongsi foto bersama suami mencuri tumpuan ribuan pengikut.

Perkongsian pelantun lagu Ini Lagi Boom itu telah menerima lebih daripada 44,000 likes setakat ini. Malah peminatnya masing-masing cuba meneka jantina bayi Nora.

Tidak dinafikan kini Nora kelihatan semakin menawan dan berseri-seri dengan kandungannya yang kini mencecah empat bulan.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, pengikut Instagram Nora mula membanjiri ruangan komen meluahkan rasa teruja sebaik sahaja melihat perutnya itu.

Ada juga yang memuji penampilan baru Nora sesuai dengannya dan mendoakan agar dapat bersalin dengan selamat nanti.

Tidak kurang juga, terdapat pengikut laman sosial yang memuji pengusaha label fesyen Owl By ND dan suaminya sangat romantis.

Rata-rata peminat mendoakan kesihatan Nora dan suaminya, Nedim semoga berada dalam keadaan baik.

Nora, 35, yang memiliki seorang anak daripada perkahwinan lalu, Putra Rayqal Rizal Ashram, dan telah disatukan dengan Nedim ada 30 Mac yang lalu.

MH mendoakan agar Nora dan bayi sihat sehingga selamat dilahirkan nanti.

IKLAN