Ads

Sepokok Bunga Emas Seberat 102 Gram Sebagai Mas Kahwin, Erra Fazira Kini Bergelar Isteri Ezwan Zain Dengan Sekali Lafaz

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira yang kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, usahawan Ezwan Zain, hanya dengan sekali lafaz pada Jumaat kira-kira pukul 9.19 pagi tadi.

Majlis penuh bermakna ini berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor, dan disempurnakan oleh jurunikah Penolong Pendaftar Perkahwinan Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin.

Dalam majlis berkenaan, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, menerima sepokok bunga emas seberat 102 gram sebagai mas kahwin.

Kedua-dua mempelai turut bertukar hantaran yang dipersembahkan secara simbolik melalui sebuah dulang dan dibawa dengan tandu, menjadikan suasana majlis lebih eksklusif dan bermakna.

Antara barangan hantaran termasuk tas tangan, jam tangan, kasut, pewangi serta sebentuk cincin berlian Cartier bernilai RM80,000.

Ads

Dengan tema serba putih, penyanyi lagu Pertemuan itu tampil anggun menggayakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini.

Majlis serba indah ini iadakan secara tertutup dan dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat serta wakil media. Antara rakan artis yang hadir ialah Keanu Azman, Radin dan Faliq.

Ads

Sejarah Cinta & Perjalanan Hidup Erra

Untuk rekod, ini adalah perkahwinan ketiga buat Erra.

Ads

Sebelum ini, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sebelum berpisah pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, yang kini berusia 16 tahun.

Sebelum itu, pada tahun 2003, Erra juga pernah bernikah dengan penyanyi dan komposer Datuk Yusry Abdul Halim, namun perhubungan tersebut berakhir pada tahun 2006.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Nombor Plat Kereta ‘SIS5795’ Antara Hantaran Kahwin, Sissy Imann Sah Bergelar...

Penyanyi dan hos, Sissy Imann selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Dr. Zamir Hilman Dr. Hamzah dalam sebuah majlis akad nikah yang sederhana namun sarat makna.
error: Hello. Cannot.