Meski bergelar isteri pada usia yang agak muda, namun pelakon, Mawar Rashid nyata teruja dan mengakui dirinya ada cara tersendiri dalam bergaul dengan ibu mentuanya.
Bijak membawa diri sebagai menantu, Finalis Dewi Remaja 2015 ini juga sedia dikenali sebagai artis yang cukup rapat dengan ibu yang dipanggil mummy.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri.
“Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua,” katanya seperti yang dipetik menerusi Keluarga.
Jelasnya lagi, pergaulan bersama keluarga sebelah suami khasnya bersama ibu mentua memberi ruang buatnya untuk belajar perkara baru.
Ads
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand.
“Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin.
“Banyak nasihat yang beliau kongsikan,” ulas Mawar yang kini sedang sarat hamil anak kedua.
Ads
Sambil memanjat rasa syukur, dia pada masa sama turut berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab.
“Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
Ads
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga.
“Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang turut mendoakan urusan bersalin anak keduanya nanti juga dipermudahkan.
Imbas kembali, Mawar mendirikan rumah tangga dengan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael Mac tahun lalu.
Mawar juga memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Mira Filzah meluahkan rasa syukur atas nikmat yang dikecapinya dan bergelar seorang isteri pada tahun 2020.
Meski penuh dengan pancaroba, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah tetap menggangap tahun 2020 sebagai satu tahun yang indah bagi dirinya.
Di samping itu, bintang drama bersiri Bidadari Kiriman Tuhan ini turut mengimbau beberapa keping foto dan momen sepanjang tahun 2020 di akaun Instagram miliknya.
“Thank you Allah for blessing me much more than I deserve.
“Syukur Alhamdulillah for every day and for everything. I found my soulmate! Beautiful year, thank you 2020 #topnine2020,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan selamat tahun baru kepada aktres berusia 27 tahun itu.
Imbas kembali, Mira telah mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Wan Astar pada 3 Ogos lalu.
Foto: Instagram Mira Filzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aina Abdul menjelaskan, baju rekaan Syamil Fazwan yang dipakainya ketika membuat persembahan menerusi lagu Semalam di Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) pada Ahad melambangkan seorang wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya namun tampil semula untuk bercerita.
Sambil menyifatkan dirinya gemar melakukan eksperimen terhadap persalinan yang digayakan ketika di atas pentas Aina turut memohon maaf sekiranya busana yang digayakan itu disamakan dengan watak hantu Valak dari filem The Conjuring.
“Saya suka bereksperimen dengan fesyen. Sebenarnya, ada cerita di sebalik busana saya.
“Busana ciptaan Syamil Fazwan ini menggambarkan saya sebagai seorang wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya.
“Bila orang lihat saya dari busana terbabit, saya nak semua nampak saya sebagai wanita kuat yang datang semula untuk menceritakan apa yang dilalui dahulu.
“Sebenarnya, saya boleh agak orang akan samakan saya dengan watak itu. Saya minta maaf jika saya membuat orang lain seram,” seloroh Aina.
Mempertaruhkan single ciptaannya sendiri, Aina turut meluahkan rasa syukur apabila lagu tersebut turut terisi sebagai antara 12 buah lagu yang lolos ke ke AJL35.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur berjaya melayakkan diri ke pentas besar ini. Sebagai seorang penyanyi baru, ini adalah satu penghargaan yang sangat tinggi untuk saya.
“Terima kasih kepada barisan juri dan pihak TV3 yang memberikan peluang kepada Semalam. Sudah tentunya saya tak akan dapat buat semua ini tanpa bantuan pasukan yang menjadi 70 peratus kekuatan saya.
“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada peminat saya, Ainations. Mereka menjadi nadi dan pembakar semangat untuk saya terus melangkah.
“Insya-Allah, saya akan memberikan sebuah persembahan yang bakal diingati semua di malam AJL35 tahun hadapan. Saya mohon doa semua,” katanya lagi.
Penyanyi anggota kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul memaklumkan telah selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian hidungnya, pada Rabu.
Lalu, Fakhrul meluahkan rasa syukur kerana operasi pembedahan berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah selamat operate td pg..tq doc n nurses @kjmcofficial . kena bius power punya, doc baru ja dok ajar ngucap n bismillah, takdan abes ikut sedar2 dah siap . Tp mujur tak jaga..ngeri gak bila tgk cth sinus surgery kt youtube .
“Now tgh recover balik..hidung bleeding, so doc letak packing..sehari la rini kena survive nafas ikut mulut. Boleh lemas oo.
“Hopefully esok luka sembuh n boleh remove packing dlm hidung tu..saja la nak share kt hampa, Maha suci Allah yg mencipta kita..tgkla mcm mana rupa dlm hidung kita tu..
“syukur bnyak2 Allah bg kita bernafas. Doakan sy k.sapa pernah buat ni share la tips2 recover cpt k #fesssurgery #nikmatbernafas #syukur,” tulisnya menerusi entri di Instagram
Sebelum ini, Fakhrul atau nama lengkapnya Mohd Fakhrul Radhi pernah memberitahu mengalami masalah hidung tersumbat dan kesukaran untuk bernafas.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...