Hos dan pelakon, Uyaina Arshad tidak menafikan dirinya sedang berkawan dengan penyanyi Raja Syahiran sejak beberapa bulan lalu.
Menjawab dakwaan yang mengatakan keduanya sedang menjalin hubungan istimewa, hos program Ratu Hijabista ini mengakui mereka saling berhubung selepas berkenalan di sebuah majlis.
“Saya dan Raja Syahiran sedang berkawan dan sekarang dalam mengenali diri masing-masing. Sedang dalam proses berkawan dan berkenalan.
“Baru saja kenal, dalam tahun ini juga. Mulanya kami bertemu di sebuah majlis, kemudian berhubungan di media sosial dan lama kelamaan semakin rapat.
“Seperti sebelum ini pun, saya tidak terlalu dedahkan soal peribadi kepada umum, misalnya saya bersama siapa sebelum ini.
Ads
“Kalau boleh biarlah orang kenal kita dari segi prestasi seni, berbanding isu gosip semata-mata. Cuma sebagai manusia, dengan siapa kita berkawan ia menjadi satu fasa dalam hidup.
“Jadi saya tidak kekok untuk berkongsi hal tersebut juga sebab di kemudian hari insya-Allah kalau dah sampai waktunya, akan berkahwin juga.
“Bila atau dengan siapa, itu masih lagi menjadi rahsia oleh Yang Di Atas. Buat masa sekarang, saya selesa berkawan dengannya, katanya kepada MH.
Ads
Ditanya apakah ciri-ciri yang dimilki peserta Dansa Dan Sing itu, Uyaina cukup senang dengan kematangan lelaki itu dalam berfikir selain sikapnya yang rajin.
“Dia seorang yang bijak dan cara pemikiran kami sebenarnya sama terutamanya di dalam persefahaman di dalam perhubungan.
“Pada masa sama, dia juga seorang yang baik, menghormati orang lain dan dia rajin bekerja,” katanya.
Ads
Menjawab persoalan sama ada dia bakal mengikuti jejak langkah rakan artis, Mira Filzah yang berkahwin ketika kerjaya rancak berjalan, Uyaina mempunyai jawapan sendiri.
“Untuk berkahwin saya rasa ia pasti menjadi impian setiap orang. Buat masa sekarang, untuk ke fasa tersebut mungkin tidak dalam waktu terdekat.
“Sekarang ini saya pilih untuk lebih fokus pada karier dan banyak lagi cita-cita yang belum ditunaikan pada ibu. Malah ada yang ajak saya berkahwin sebelum ini pun, saya berikan jawapan sama.
“Cumanya sikap keterbukaan di dalam menerima kehadiran seseorang, berkawan dengan orang dan melihat masa depan untuk berkahwin dan bina keluarga itu ada, insya-Allah,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang juga suami kepada Yana Samsudin, Fadzil Zahari mendakwa pereka fesyen Zery Zamry sudah lima tahun berhutang dengannya.
Bagaimanapun, perkara tersebut didakwa masih tidak diselesaikan sehingga kini.
Perkara tersebut dimaklumkan Fadzil menerusi satu posting di Instagram miliknya beberapa hari lalu.
“Selamat ulang tahun ke 5 hutang Zery Zamry, moga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya…agar dapat mengumpul hutang keliling pinggang dengan lebih efisyen tahun ni.
“Plan cuti mana tahun ni? Bali ke Mabul? #Hutang5TahunTanpaFaedah.
“Tag rakan anda yang masa nak minta pinjam duit nangis nangis, dah dapat duit hilang taktau pi mana.
“DM abang utk Post Review Kutip Hutang, slot terbuka sekarang!!!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Industri hiburan tanah air dikejutkan berita pemergian seorang anak seni, Sandra Dianne yang dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat pagi di Hospital Putrajaya awal pagi ini.
Menerusi segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk, Shuib dan Fizi di radio Hot FM, mereka sempat merakamkan perbualan bersama penyanyi Sufie Rashid.
Difahamkan, Sufie merupakan penyanyi yang terakhir berduet bersama arwah Sandra di pentas Big Stage 2020, dua minggu lalu.
Menurut penyanyi kelahiran kota Singapura ini, dia tidak pernah menyangka rakan artisnya itu akan meninggalkan dirinya untuk selamanya.
“Bila Sufie ingatkan balik masa rehearsal dengan Sandra dia asyik pakai putih, semua serba putih daripada atas sampai bawah semua putih.
“Tapi masa tu saya tak ada lah terfikir apa-apa. Cuma saya macam pelik sebab diri dia macam sangat bercahaya, dan dia pun sangat ceria.
“Dia ada pesan kat orang tak tahu lagi bila nak jumpa, tapi jaga diri elok-elok. Saya tak terfikir pun dan bila dah terjadi dia meninggalkan kita, saya rasa macam tak sangka itu merupakan kali terakhir kita jumpa sahabat kita,” katanya.
Terdahulu, arwah Sandra dilaporkan koma selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan menuju ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani latihan penuh konsert minggu keempat Big Stage 2020, Sabtu lalu.
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.