Walaupun tidak menjadikan ilmu guaman yang dipelajarinya sebagai kerjaya utama, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad tetap berbangga bergelar salah seorang alumni graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya.
Menerusi beberapa siri Instagram Stories yang dikongsikan, Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, diundang untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-50 fakulti tersebut pada Jumaat.
“So honoured to be invited. Sebagai seorang alumni, walaupun saya tidak mempraktiskan diri dalam bidang guaman tapi saya tetap berasa berbangga mendapat pendidikan tertinggi di sini.
“Saya sentiasa berbangga dengan fakulti saya di Universiti Malaya,” tulis Uyaina.
Ads
Pengacara program Wanita Hari Ini (WHI) itu turut berkongsi gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan salah seorang alumni dari fakulti yang sama.
“Perdana Menteri kita juga merupakan super duper senior saya,” tulisnya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.
Sementara itu, dalam perkembangan sama usia kandungan Uyaina sudah mencecah lima bulan sejak dia mengumumkan berita gembira itu kepada peminat pada April lalu.
Ads
Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu dijangka bersalin pada Oktober ini.
Ads
Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sharnaaz Ahmad tampil memberikan penjelasan sususan insiden yang berlaku di sebuah kondominum di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menafikan tuduhan yang mendakwa dia menendang serta menumbuk pengadu seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Video berkenaan dikongsikan bapa kepada seorang cahaya mata itu selepas seminggu dibebaskan daripada tahanan reman.
“Demi Allah, saya tidak menumbuk, memijak, menendang perut dan mencekik (mangsa).Itu benda karut, saya tak buat.
“Siasatan dah lengkap, dah hantar pada Timbalan Pendakwa Raya. Kalau boleh saya tak nak panjang-panjangkan cerita.
“InsyaAllah… Kita tengok jalan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Sebab benda yang berlaku ni bukannya kita minta. Tapi bila dah jadi, kita kena terima dengan hati yang terbuka,” katanya.
Sharnaaz juga menjelaskan buat masa ini, dia tidak dapat mengadakan sidang media seperti yang dijanjikan sebelum ini atas nasihat peguam serta pihak polis.
“Selepas dapat nasihat peguam dan polis, saya rasa (lebih) baik tunggu keputusan mahkamah keluar. Ini saya explain secara ringkas dan padat supaya semua orang boleh faham.
“Di rumah saya ada guard, salah satu penduduk iaitu pengadu sedang bergaduh dengan guard.
“Saya nampak mereka bergaduh saya cuba pertahan guard… kita tak boleh tindas orang macam itu dan berlaku kejadian tidak diingini,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, tempoh tahanan reman selama tiga hari itu juga adalah bagi membantu siasatan pihak polis.
“Bukan nak cakap saya bagus, baik…. pihak sana jahat.(Tapi) jangan jump to conclusion kalau orang masuk reman.
“Masuk reman untuk membantu siasatan.
“Pihak polis beri kerjasama dan saya pun beri kerjasama kepada pihak polis,” ulasnya.
Terdahulu, media melaporkan pelakon lelaki direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang penghuni di kondominium di Segambut, Kuala Lumpur, 18 Jun lalu.
Pengarah berbakat besar, Arjin Uppal mendedahkan dia berdepan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem bergenre seram, Musyrik – Api Neraka Menantimu!
Filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu dibintangi Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies selaku teraju utama.
Turut serta, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.
Arjin, 33, berkata, antara kejadian pelik dilalui ketika babak Ruhainies memegang batu nesan di tanah perkuburan, jam 3 pagi.
“Batu nesan bukanlah props, sebaliknya saya menggunakan batu nesan sebenar diambil dari tanah perkuburan berkenaan bagi merealisasikan babak ini.
“Ia sepatutnya hanya satu babak panjang, tetapi apabila potong babak ini, kamera masih berpusing dan tidak berhenti seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya,” katanya.
Arjin berkata, dia pelik dengan kejadian aneh itu kerana tidak pernah berdepan sebelum ini.
“Bayangkan, kamera masih menyala selepas ‘switch’ ditutup. Hanya selepas bateri dikeluarkan daripada kamera barulah ia berhenti berpusing,” katanya lagi.
Bukan sahaja dirinya berdepan kejadian aneh, kata Arjin, ia turut dialami salah seorang pelakon, Aishah yang melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril.
“Ia membabitkan babak Aishah baring dalam kubur. Secara tiba-tiba, seluruh badan Aishah ditumbuhi gelembung gatal dan penggambaran tidak dapat diteruskan.
“Aishah terpaksa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Keadaan Aishah hanya okay selepas berehat dan penggambaran hanya disambung semula pada keesokan harinya.
“Saya percaya kejadian aneh yang menimpa Aishah adalah gangguan mistik,” katanya jujur.
Mengulas mengenai lokasinya pula, Arjin berkata, penggambaran filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! membabitkan dua lokasi iaitu rumah kampung lama yang tidak berpenghuni dan tanah perkuburan.
“Saya masih ingat kami diminta penjaga menyiapkan babak di rumah lama berkenaan sehingga jam 12 tengah malam. Namun, babak dalam rumah hanya selesai pada jam 2 pagi.
“Seterusnya, kami terus ke lokasi tanah perkuburan. Ketika di tanah perkuburan, saya dapat merasakan sesuatu menyentuh belakang leher.
Saya percaya ia gangguan mistik, tetapi saya buat tak tahu,” katanya.
Arjin berkata, dia turut berdepan dengan kejadian aneh ketika penggambaran di kawasan hutan.
“Saya pergi belakang rumah untuk mencuci tangan, tetapi secara tiba-tiba, air paip berhenti mengalir.
“Perasaan saya bercampur berbaur, tetapi saya perlu kuatkan semangat dan bersabar berdepan satu demi satu kejadian aneh,” katanya.
Mengulas adakah kru juga berdepan gangguan mistik, Arjin berkata, mereka tidak terlepas diganggu ketika penggambaran di kawasan hutan.
“Kawasan hutan itu hanya di belakang rumah lama tidak berpenghuni itu. Sebelum penggambaran, kru masuk hutan untuk memasang lampu terlebih dahulu.
“Secara tiba-tiba, lampu dipasang berkelip-kelip. Mujur, kru tidak panik dan buat tidak tahu hingga lampu menyala semula, sebelum penggambaran dimulakan,” katanya lagi.
Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysi pada 7 Julai depan. Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Raja Atiq Raja Azman tidak menafikan model, hos yang juga pelakon baharu, Amy Nur Tinie merupakan wanita yang paling rapat dengannya ketika ini.
Meski sering dilihat bersama, namun Atiq atau nama sebenarnya, Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah lebih senang menyatakan hubungan mereka sekadar sahabat baik sahaja memandangkan Amy banyak membantunya dalam urusan perniagaan yang baru diceburinya.
“Saya memang rapat dengan Tinie kerana dia ialah sahabat baik saya.Malah, dia orang yang menjadi rujukan dalam perniagaan kecantikan yang baharu saya ceburi iaitu produk serum wajah.
“Dia banyak beri tunjuk ajar dalam selok-belok perniagaan sebab dia pun ada keluarkan produk kosmetiknya sendiri.
“Selain Tinie, saya pun banyak minta nasihat dan pandangan daripada ibu Tinie yang mempunyai hampir 30 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan spa kecantikan, jadi memang Tinie orang yang tepat untuk saya rujuk berkaitan hal bisnes,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai statusnya kini, Atiq berkata buat masa sekarang dia lebih senang memberikan fokus terhadap kerjaya dan perniagaannya terlebih dahulu.
“Saya masih single dan belum berpunya… saya tidak fikir soal cinta buat masa sekarang.
“Lagipun pada usia 22 tahun, fokus saya hanya pada kerjaya lakonan dan perniagaan yang baharu saya ceburi,” katanya yang mulai dikenali menerusi drama Nur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.