Uncategorized

Senarai Artis Dapat ‘Title’ Baru

Share

Umum mengetahui ramai golongan artis dan selebriti yang menerima darjah kebesaran sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar baru-baru ini.

Disini, MH Online senaraikan lima selebriti yang mendapat ‘title’ baru.

1.Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

2.Adi Putra

Pelakon Singapura, Adi Putra menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

3.Jovian Mandagie

Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandangie dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.

4.Eizlan Yusof

Pelakon, Eizlan Yusof baru sahaja dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

5.Maria Menado

Legenda industri seni negara,Maria Menado dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Kami di MH Online mengucapkan tahniah dengan pencapaian yang dikecapi oleh kesemua selebriti. Semoga mereka lebih berjaya selepas ini dalam setiap apa yang diceburi.

IKLAN