Tidak dinafikan, ramai yang terpaksa ubah kembali perancangan selepas pihak kerajaan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya bermula hari ini.
Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous misalnya ada memberitahu sebelum ini dia sudah mempunyai perancangan untuk bercuti.
Bagaimanapun, Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous terpaksa membatalkan hasrat tersebut kerana perlaksanaan PKPB selain mendoakan apa yang berlaku adalah demi kebaikan bersama.
Ads
“Flight cancel ke hari ni #pkpb? Cuba mengaku siapa yang sudah plan holiday tapi terpaksa cancel semua.
“Semoga dapat refund balik ye semua. Alhamdulillah semua yg berlaku adalah untuk kebaikan kita bersama,” tulisnya.
Penyanyi Eka Sharif berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini sudah berbadan dua meski belum sempat mengadakan majlis resepsi perkahwinannya.
Kandungannya kini mencecah usia tiga bulan dan perkongsian tersebut dilakukan bintang Akademi Fantasia Musim ke-9 (AF9) itu menerusi satu posting di Instagram.
Malah, imej terkininya juga sudah jelas menunjukkan ‘baby bump’.
PKPB dilanjutkan lagi?! ni kali ke-3 eka postpone majlis. Mungkin ni yg terbaik, lagipun buat review dlm umah ni pon dah x larat ni kan plak nak berjalan.
“Takpe lah kite stay at home je ekh…. #3months,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan itu, ada yang menzahirkan ucapan tahniah dan ada di antara respon yang ditinggalkan mendapat reaksi balas Eka.
Terdahulu, bintang ini mengadakan majlis pernikahan bersama suami, Nazrulnazim Abdul Jabar secara ringkas pada 19 Julai lalu selepas dua kali terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya ekoran pandemik covid-19.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Syarikat milik usahawan kosmetik sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat didenda RM14,500 atas tuduhan memiliki dan menjual produk kosmetik tidak berdaftar dan tidak bernotifikasi.
Memetik laporan Harian Metro, Majistret Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd yang diwakili pengarah syarikatnya, Nur Sajat dan Ashaari Maznan, 46 selepas mereka menukar pengakuan bersalah atas 17 pertuduhan dihadapi.
Sehubungan dengan itu, Hanie Dzatul Akhmar menjatuhkan hukuman denda RM1,000 bagi 12 pertuduhan manakala RM500 bagi lima pertuduhan lain terhadap syarikat itu yang juga Orang Kena Saman (OKS) dalam kes berkenaan.
Mengikut semua kertas pertuduhan, OKS didakwa memiliki keluaran yang bukan keluaran berdaftar iaitu ‘Esansue White 5 ml’; ‘Aqua Skin Collagen’; ‘Bio Swiss Bio-Celeren Stem Cell’ dan ‘placenta lucchine’.
Sementara itu, OKS juga didakwa memiliki produk tidak bernotifikasi iaitu ‘Soothing Ampaule’; ‘Upgrade Whitening Ampaule dan ‘Pure Collagen Ampaule’.
OKS dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di premis syarikat itu di Jalan Serai Wangi K16/K Seksyen 16, Shah Alam di sini pada 11.40 pagi, 15 Ogos 2018.
Bagi semua pertuduhan itu, OKS didakwa mengikut Peraturan 30(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Peraturan 18A(1) peraturan sama, Peraturan 7(1) peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000.
Terdahulu, dua pengarah berkenaan diwakili peguam bela Hasshahari Johari Mawi dalam rayuannya memohon hukuman ringan memandangkan perniagaan anak guamnya terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Nor Afizah Latip.
Sementara itu, menerusi satu posting terkininya di Instagram, usahawan yang pernah muncul menerusi single Makhluk Penggoda itu menyifatkan apa yang berlaku sebagai pengajaran sebagai ahli perniagaan.
“Alhamdulillah…semua dah selesai. Terima kasih buat hakim lagi bijak sana,Terima kasih buat lawyer saya.
“Apa yang terjadi saya menjadi pengajaran sebagai seorang perniagaan, buang yang keruh, ambil yang jernih. Amin,” tulisnya.
Baru-baru ini, pelakon Fasha Sandha ada memuat naik satu rakaman video sedang menari bersama suaminya, pelakon Aidil Aziz di Instagram.
Di samping peminat memuji kemesraan pasangan ini, ada juga segelintir netizen yang memberi komen mengenai penampilan Fasha menerusi rakaman video berkenaan.
Ada yang keliru dan mempersoalkan mengenai penampilannya.
Lalu, pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini ada memberi penjelasan dan memaklumkan dirinya masih lagi dalam proses belajar untuk mengenakan hijab.
“Ya betul apa adik komen pendapat adik tu, sy tak pernah cakap dah berhijab sepenuhnya.
“Sama juga.. macam ada juga beberapa selebriti yang belajar berhijab di bulan Ramadhan.
“Begitu juga saya. Pelan2 belajar, bukan utk memenuhi kehendak netizen mahupun trend, tapi kerana diri sendiri. Sy belajar,” jelasnya.
Fasha pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan.
“Alhamdulillah, ada orang bijak yang komen tentang isu ini.
“Terima kasih, terima kasih dik sebab doakan kakak yang baik2. Amin2 doakan kakak ya,” balas Fasha lagi.
Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Selepas itu, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Video: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.