Ketibaan bulan Ramadan sememangnya amat dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat muslim di dunia.
Selain memperbanyakkan ibadah, pasti ramai diantara kita yang ingin memanfaatkan waktu-waktu di bulan Ramdan ini dengan meluangkan masa bersama keluarga.
Namun, situasi berbeza pula buat penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob apabila dia dan isteri terpaksa berjauhan dengan anak-anak dek kerana jadual kerja yang agak padat.
Menurut Fazley, dia harus memberikan sepenuh komitmen untuk menjalankan tugasnya selaku cef manakala isterinya, Datin Azrene Ahmad pula sibuk untuk menguruskan bisnes yang mereka jalankan bersama.
“Salam Ramadan semua daripada saya, isteri @azrene_ahmad dan anak-anak.
Kali ini, tahun ini, walaupun semua orang seronok dapat berpuasa dengan keluarga dan berbuka bersama, namun tidak untuk saya, isteri serta anak-anak.
“Kami terpisah meja makan kerana kerja. Saya menguruskan juadah berbuka puasa untuk ratusan orang dan isteri saya menguruskan gerai-gerai jenama pakaian kami,” kongsinya di Instagram.
Lantaran itu, penyanyi lagu Bila April ini turut menyerukan kepada semua pihak untuk memanfaatkan waktu-waktu yang terluang bersama keluarga lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Ads
“Buat kalian di luar sana, gunakanlah peluang yang ada untuk sama-sama beramal, maaf bermaafan, dan berkasih-kasihan sesama keluarga.
“InsyaAllah kita bertemu di salah satu dapur yang saya kendalikan. Korang berbuka nak makan apa ya? Saya cuba siapkan. Ramadan Mubarak,” ujarnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh Datuk Fazley dan isteri selain turut mendoakan agar keluarga tersebut sentiasa dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Ads
Untuk rekod, Fazley dan isterinya telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 November 2007.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain menyanyi, Asmidar kini melakar satu pencapaian baharu dalam kerjayanya apabila bergelar pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Mengajar subjek teater tradisional Mek Ulung, Asmidar atau nama sebenarnya, Norhasmidar Ahmad, 36, berkata impiannya sejak dari kecil untuk bergelar pendidik akhirnya dimakbulkan Allah.
“Sekarang saya tumpukan masa dalam bidang pendidikan. Saya mengajar di ASWARA untuk teater tradisional… rasa seronok mengajar subjek ini sebab nak beri lebih pendedahan kepada generasi muda mengenai teater jenis ini.
“Dulu saya pernah cakap dengan pensyarah saya iaitu Datuk Syafinaz Selamat yang saya nak jadi pensyarah dan Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan impian saya.
“Walaupun sibuk mengajar, tapi nyanyian masih lagi dalam industri, masih lagi menyanyi. Saya rasa enjoy sebab boleh buat dua benda yang saya minat dalam satu masa,” kata Asmidar kepada Media Hiburan.
Asmidar ditemui pada majlis Jalinan Iftar Pertubuhan Pendidikan dan Kebajikan Cahaya Kasih yang diadakan di World Trade Center, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam pada sibuk mengajar, Asmidar turut turun padang membantu gerai jualan martabak yang telah diusahakan oleh bapanya sejak 30 tahun di Bazar Ramadan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
“Sudah semestinya bila ada kelapangan masa memang saya turun bantu ayah jual murtabak. Alhamdulillah penduduk-penduduk di sekitar Wangsa Maju memang dah kenal dengan murtabak ayah saya.
“Walaupun SOP sudah dilonggarkan, saya tengok orang ramai masih lagi jaga SOP masing-masing.
“Baguslah mereka faham dan tahu jaga diri masing-masing… terasa meriah bila bazar kini dibolehkan selepas dua tahun tidak dibenarkan disebabkan bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Asmidar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama Ayu Raudhah sebelum ini pernah mewarnai dunia lakonan tempatan sekaligus berjaya meletakkan namanya sebaris dengan aktres popular sedia ada.
Bagaimanapun, Ayu atau nama penuhnya, Raudhah Che Wan yang aktif berlakon sejak tahun 2007 pernah memperlahankan rentak seninya selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha.
Perkahwinannya sejak 21 Januari 2011 itu turut disusuli dengan keputusan bertudung sekembalinya mengerjakan umrah dan 21 Januari lalu genap 11 tahun usia perkahwinan mereka.
“Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut. Tambah lagi kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di televisyen, lagi menebal kerinduan.
“Kali terakhir saya berlakon drama Cinta Bukan Kristal untuk slot Akasia TV3 pada 2018. Drama itu diterajui Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Saya berlakon watak Ma Su Faridah.
“Ikutkan sampai sekarang tawaran berlakon masih kunjung tiba. Tapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami termasuk ke Kedah dan kini Seremban, memang saya fikir banyak kali nak terima tawaran berlakon.
“Tambah pula berlakon perlu pengorbanan masa. Saya pula seboleh-bolehnya nak tengok anak membesar depan mata,” katanya yang turut gembira di kelilingi lima permata hati.
Ketika perhatian lebih terarah kepada keluarga, Ayu juga mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung.
Terbaru sejak lebih sebulan lalu, Ayu dan suami membuka kafe makanan di Seremban. Ayu sejak hujung tahun lalu juga disunting sebagai duta pakaianwanita mampu milik, byLR.
“Ada kalanya apabila tumpuan berniaga lebih cenderung, suami mula merungut manja sebab masa dengannya tak banyak. Macam idea buka kafe pun bertitik tolak sebab suami nak makan air tangan saya.
“Tapi lama-kelamaan suami faham. Apa kami lakukan dengan mencari rezeki ini untuk kebaikan bersama termasuk masa depan anak,” katanya.
Pemenangkategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) itu juga percaya pengalaman menjadi harta bernilai.
“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.
“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri. Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.
“Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan. Ketika ini perhatian tertumpu kepada koleksi sedondon raya si ibu dan anak perempuan dan sebanyak 10000 helai pakaian diterbitkan sempena kehadiran Ramadan dan Syawal,” kata Ayu yang turut menampilkan anak perempuannya sebagai model baju raya si cilik.
Kata Ayu lagi, dia dan jenama itu bertekad untuk mengeluarkan pakaian wanita contohnya seperti baju kurung kain kapas premium dan corak ala songket yang dijual dengan harga berpatutan.
“Niat kami mahu semua golongan wanita boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal. Rangkaian harga pakaian bermula serendah RM69 hingga ke RM129 untuk usia 18 ke 50 tahun.
“10000 helai pakaian itudisasar boleh habis terjual dalam tempoh kurang sebulan. Kami mensasarkan RM1 Juta jualan dalam sebulan. Tahun ini secara keseluruhan kami sasar RM12 juta boleh disasar. Insya-Allah,” kata Ayu.
Jenamadi bawah syarikat Iwan Industry Factory Sdn Bhd beribu pejabat di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang yang mula mengembangkan sayapnya sejak hujung tahun lalu itu juga tidak mahu membebankan golongan wanita terutama di era semasa.
“Dari zaman pandemik COVID-29 hinggalah ke endemik, kami tahu ada yang bergelut meneruskan survival.Bukan semua senang. Tapi di saat negara sudah mula ‘terbuka’ membiasakan norma baharu dan kesempatan beraya tahun ini, tak salah untuk berbelanja membeli pakaian raya.
“Sebab itu kami mahu puaskan keinginan wanita yang masih kekal berfesyen cantik dengan harga bukan kayangan. Golongan sasaran kami daripada gadis hinggalah wanita matang.
“Daripada pekerja kerajaan,swasta hingga ke sektor korporat dan juga pelajar kolej mahupun universiti ini masan untuk anda kekal bergaya tanpaberfikir panjang memikirkan nilai harganya,” katanya.
Ditanya wanita bertaraf figura umum atau public figure, apakah jenama diwakilinya itu seiring dengan statusnya, Ayu tidak kisah dengan pandangan orang.
“Saya boleh akui seorang yang tidaklah terlalu ringkas dalam bergaya. Kalau sudut artis, pakaian digayakan bergantung kepada majlis dan situasi.
“Namun atas kapasiti usahawan, saya tak boleh ikut kehendak sendiri. Pakaian cantik dan mahal belum tentu orang ramai pakai. Tapi pakaian cantik, selesa, ringkas, harga munasabah dan dianggap ‘kampung’ itu tentu-tentu ramainak.
“Biarlah bijak membeli, menang memakai. Sekarang ini pun, koleksi terdahulu dijual pada harga diskaun 30 peratus sempena pra Ramadan. Saya juga nak ajak semua tambah pendapatan sempena raya kali ini dengan menjadi ‘dropship’,”katanya lagi.
Ayu berkata, dia diperkenalkan Nurhazlinda menerusi kakaknya, Rubitah Che Wan dan suami, Lan Pet Pet tahun lalu.
Bermula sebagai risikan menjadi duta jenama pakaian itu, Ayu menyerlahkan pengalamannya menceburi perniagaan sejak tahun 2012menarik keyakinan rakan kongsinya itu untuk berada di depan menerajui perniagaan diusahakan.
Sebagai permulaan, Ayu turut mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Anita Baharom mendedahkan dia reda dengan ketentuan Ilahi seterusnya cuba menjalani kehidupan seperti sedia kala bersama anak-anak selepas kematian suami yang juga penerbit, Ismadi Ismail pada 1 Januari lalu.
Menurut Anita, fokusnya kini hanya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu tunggal kepada tiga permata hatinya selain meneruskan komitmen dalam seni.
Perkongsian itu diceritakan Anita ketika diundang di dalam program Wanita Hari Ini di TV3, baru-baru ini.
“Alhamdulilah, saya meneruskan kehidupan selagi hidup dan menjalankan amanah yang Allah berikan untuk membesarkan anak-anak.
“Nak tak nak, saya kena jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak. Dulu lain sekarang lain, dulu hanya sebagai seorang isteri di rumah tapi sekarang semua,” katanya sambil mengalir air mata.
Jelas ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, memori bersama arwah suami sentiasa ada di dalam fikiran.
“Sebagai seorang beragama Islam, kita kena serahkan bulat-bulat kepada Allah SWT itu yang pertama. Kedua pula, anak-anak yang jadi sumber kekuatan kemudian sokongan daripada kawan-kawan.
“Kawan yang baik sanggup mendengar luahan hati kita, sebab macam saya lepas meluahkan saya rasa lega sekejap lepas itu.
“Bulan pertama selepas arwah meninggal, saya tak tahu kenapa tapi setiap pukul 6 pagi dan 6 petang saya akan menangis.
“Masuk bulan kedua, tempoh saya berehat untuk bertenang dan masuk bulan ketiga baru saya macam okey sikit selepas mula jalani penggambaran drama.
“Rupanya, saya kena sibukkan diri buat kerja dan sebagainya baru lah saya akan okey. Tapi walau macam mana pun, bila saya balik rumah nampak gambar arwah sahaja terus rasa sunyi itu datang,” luahnya lagi.
Terdahulu, Anita dan Allahyarham Ismadi mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Allahyarham Ismadi menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun akibat penyakit kencing manis di kediamannya di Shah Alam.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.