Punya cara tersendiri untuk menghargai menantu, Bonda Rozita Ibrahim mengulas, meski tidak memiliki barangan mahal, namun dia akan pastikan setiap menantu akan dihadiahi barangan mewah.
Berkongsi di Instagram, ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini dilihat membawa pembantu mengunjungi butik jenama mewah sekitar Kuala Lumpur.
“Semua menantu yg kahwin dgn anak sy, sy akan belikan hadiah berharga walaupun sy x memilikinya , sy x perlukan semua benda2 tu
“Bagi sy bkn selalu pun.. menghargai anak muda yg menjadi ahli family baru sy..
Ads
“Hidup lebih meriah dgn anak2 menantu yg baik akan menjaga anak sy , sanar dn penuh kasih sayangnya mengambil alih tgjawab sy sebagai ibu.
“Walaupun sy x suka pakai benda berjenama.. tp sy percaya org muda menghargai luxury seperti ini..Sy senang melihat mereka memakainya kerana sy sayang anak2 sy semestinya sy akan sayang menantu sy,” tulisnya.
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana tidak mahu mengulas panjang mengenai hubungan cinta yang sudah terjalin sejak sekian lama dengan pelakon, Syafiq Kyle memandangkan aktor tersebut sudah pun menjelaskan mengenainya tidak lama dulu.
Malah jelasnya lagi, dia juga risau andai kisah cinta yang sering ditanya secara tidak langsung akan membuatkan cerita perihal kerjaya akan ketinggalan ke belakang.
“Saya rasa kenyataan Syafiq sudah memadai untuk semua orang faham mengenai hubungan kami. Jadi tidak perlulah untuk saya komen panjang-panjang.
“Malah saya pun tidak mahu perbesarkan hal ini, risau nanti cerita ini akan lebih dapat perhatian berbanding kerjaya masing-masing,” katanya kepada MH.
Berkongsi mengenai tindakannya yang memuat naik foto bersama hero Nur itu, Mimi menjelaskan ia sebenarnya hanyalah untuk promosi drama rantaian lakonan mereka ketika itu, Bukan Cinta Aku yang turut menampilkan Janna Nick dan Baim Wong.
“Foto yang saya muat naik tu sebenarnya ketika kami terlibat dalam drama Bukan Cinta Aku. Jadi saya muat naik untuk promosikan foto cuma mungkin kerana pada masa sama kami bersama, jadi ia lebih dapat perhatian.
“Sebelum ini pun saya ada juga kongsikan foto bersama dengan Syafiq dan kebetulan baru-baru ini dia ada keluarkan kenyataan fasal cinta. Jadi mungkin ia membuatkan peminat lebih teruja,” kongsi Mimi yang bakal promosikan filem pertamanya, Pusaka.
Ditanya mengenai sisi privasinya setelah mengakui hatinya sudah dimiliki pelakon terknal itu pula, Mimi mengakui pada peringkat awal dia biasa-biasa sahaja.
“Kami ni sama sahaja macam orang lain, biasa-biasa,” jelasnya yang turut mengakui pemenang tempat kedua Hero Remaja selepas Fattah Amin itu seorang yang positif dan rajin bekerja.
“Syafiq dia seorang yang sangat menyokong, sangat positif dan rajin bekerja,” kata Mimi yang turut terbuka untuk berlakon sama kekasihnya itu sebagai pasangan hero dan heroin menerusi mana-mana naskhah selepas ini.
Diusik sama ada hubungan yang terjalin mungkin akan ke fasa seterusnya, ini jawab Mimi;
“InsyaAllah, doakan yang baik-baik,” akhiri bekas peserta Pencarian Dewi Remaja ini.
Pelakon dan pengacara, Puteri Sarah Liyana berkongsi berita sedih diatas pemergian neneknya, Azizah Bee malam tadi.
Perkara itu dikongsikan isteri kepada Shamsul Yusof menerusi Instagramnya.
“Buat nenek saya , Azizah Bee bte Ghows Khan yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.
“Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah, إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون,” tulisnya.
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...